-->

27 Mac 2018

Sinopsis Drama Monalisa (Astro)

Mona Lisa, Drama Monalisa, Slot Tiara, Astro Prima, Maya HD, Adaptasi Drama Korea, Korean Drama Two Women's Room, Mona Lisa Cast, Pelakon Drama Monalisa, Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud, Poster Drama Monalisa, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama 80 Episod, Cinta, Dendam, Watak, Melisa, Johan, Ramona, OST Monalisa, Sinopsis Monalisa,
Sinopsis Drama Monalisa Slot Tiara Astro Prima / Maya HD

Drama Monalisa / Mona Lisa adalah drama terbaru di Slot Tiara Astro Prima / Maya HD yang mula disiarkan sejak 20 March yang lalu, bagi menggantikan Drama Syurga Yang Kedua yang telah tamat episodnya. Antara Pelakon Drama Monalisa ini adalah Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud dan ramai lagi. Drama Monalisa ini mempunyai 80 episod dan diadaptasikan daripada Drama Korea yang bertajuk Two Women's Room lakonan Park Eun Hye, Wang Bit Na, Kang Ji Sub, Kang Kyung Joon dan ramai lagi. Selain itu drama Mona Lisa ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Sejujurnya aku memang tak pernah tengok Drama Korea Two Women's Room (2013) itu, walaupun aku memang antara penggemar drama Korea, ini disebabkan drama Two Women's Room itu mempunyai episod yang panjang sampai seratus lebih, plus aku juga tak berapa kenal dengan para pelakon Korea itu. Jadi nanti makin suspenlah bila tengok drama Monalisa ini, sebab aku tak pernah tengok versi asal kan, so tiada perbandingan yang dapat dibuat. Apa pun jom tengok sinopsis drama Mona Lisa ini di bawah ye.
Mona Lisa, Drama Monalisa, Slot Tiara, Astro Prima, Maya HD, Adaptasi Drama Korea, Korean Drama Two Women's Room, Mona Lisa Cast, Pelakon Drama Monalisa, Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud, Poster Drama Monalisa, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama 80 Episod, Cinta, Dendam, Watak, Melisa, Johan, Ramona, OST Monalisa, Sinopsis Monalisa,
Sinopsis Drama Monalisa (Astro)

Mengisahkan tentang Melisa (lakonan Zara Zya) yang digambarkan mempunyai kehidupan sempurna dan memiliki segala-galanya. Melisa juga merupakan pewaris kepada perniagaan hotel mewah yang dimiliki oleh keluarganya. Keperibadian Melisa cukup disenangi ramai dan memiliki teman lelaki bernama Johan (lakonan Nazim Othman) yang amat menyayanginya. Walau bagaimanapun, perkenalannya dengan Ramona (lakonan Mona Allen) mengubah segalanya. Layanan baik Melisa terhadap Ramona yang bersimpati dengannya dibalas dengan tuba. Ramona rupanya dalam diam cemburu dengan kehidupan yang Melisa miliki lalu berazam untuk merampas kebahagiaan tersebut demi kepuasan hati. Segala yang Melisa miliki daripada segi kedudukan, reputasi harta dan cinta semuanya dirampas oleh Ramona. Namun, Melisa tekad untuk mengambilnya semula. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah Melisa mengambil semua haknya kembali daripada Ramona?.

Lagu Tema / OST Mona Lisa
⏩ Esok Masih Ada nyanyian Hannah Delisha
⏩ Disini nyanyian Idayu AF
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu,

11 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017