Sementara itu, tiga lagi pesaing iaitu Inteam menerima wang sebanyak RM15,000, Heliza dan Hazwani (RM10,000) serta Brothers (RM5,000), di samping sebuah trofi iringan untuk semua. Seramai 11 peserta dipilih menyertai GGV 2 dan lima daripadanya disingkirkan sebelum tiba acara kemuncak yang diadili dua juri tetap iaitu Farihin Abdul Fatah dan Oki Setiana Dewi serta juri undangan, Datuk M. Nasir. GGV julung kali dianjurkan pada tahun lalu dan UNIC muncul pemenang sulung program berkenaan.

P/s - seronok tengok pusingan battle, masing - masing kena rap hehe, apa pun tahniah buat semua finalis GGV2.