-->

5 Jul 2015

Divorce Lawyer In Love - Sesi Review Drama Korea 2015


Assalammualaikum..
Today nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Divorce Lawyer In Love yang dilakonkan oleh Jo Yeo Jung, Yun Woo Jin, Shim Hyung Tak, Wang Ji Won dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 18 episod dan baru habis ditayangkan di Korea pada 14 Jun 2015 yang lalu. Hero drama ini iaitu Yun Woo Jin yang cemerlang dalam drama Marriage Not Dating sebelum ini kembali berlakon dalan genre Romantik Komedi. Walaubagaimanapun drama Divorce Lawyer In Love ni tak lah sekelakar dan sebest drama Marriage Not Dating tu tapi still menghiburkan jugak. Namun gandingan Yun Woo Jin dengan heroin drama ni iaitu Jo Yeo Jung macam kurang sesuai dan tak serasi. Lagipun watak heroin drama ni sebagai Go Cheok Hee nampak lebih dominan dalam drama ni berbanding watak Yun Woo Jin sebagai Seo Jung Woo. Aku lebih suka kalau pelakon Wang Ji Won jadi heroin utama drama ni sebab die nampak lagi sesuai digandingkan dengan hero drama ni.
Awalnya aku tak suka dengan sikap Go Cheok Hee yang agak kasar, pentingkan diri sendiri dan menindas pekerja bawahannya, namun sikapnya akan berubah di kemudian nanti. Selain tu aku juga x suka dengan gaya rambut Go Cheok Hee ketika menjadi office manager kepada watak Seo Jung Woo, nampak macam rambut palsu jer, x lawa gaya rambut tu better lagi gaya rambutnya masa jadi peguam di awal2 episod drama ni. Aku juga kurang suka dengan watak So Jung Woo yang takutkan dan ikutkan jer kerenah Go.C.Hee tu. Drama ini banyak mengupas kes-kes cerai yang berlaku, kadang kala pasangan boleh bercerai atas sebab yang tidak munasabah. Aku suka tengok cara diorang handle kes2 cerai ni, ada kes yang diorang berjaya selesaikan dan buatkan pasangan tersebut berbaik-baik kembali dan ada gak kes yang terpaksa dibicarakan di mahkamah apabila kata sepakat tidak dicapai.
Apapun dalam drama ni, aku paling suka part diorang selesaikan kes2 penceraian yang berlaku, macam2 kes ada dan pelbagai ragam client yang diorang kena hadapi. Kes terbesar tentulah kes Han Mi Ri yang akhirnya membuatkan lesen guaman Go Cheok Hee digantung selama beberapa tahun. Paling tragis bila G.C.Hee mengetahui rahsia sebenar Han Mi Ri dan membuatkan G.C.Hee berasa bersalah kerana dah tersalah menilai sape yang salah dan sape yang berada di pihak yang benar. Kisah cinta yang ada dalam drama ni aku tak berapa suka sebab aku x suka dengan gandingan hero dan heroinnyer. Aku lebih suka heroin kedua iaitu Wang Ji Won yg jadi watak utama, sebab die nampak sepadan dengan hero drama ni. Drama ni ada twistnya gak bila watak utamanya yang saling membenci boleh jatuh cinta plak antara satu sama lain. Selain itu Han Mi Ri yang awalnya disangka seorang yang jahat dan kejam rupanya adalah mangsa kepada Jo Yoo Sang.
Terdapat gak elemen misteri dalam drama ni, bila So Jung Woo mencari-cari siapakah wanita yang menyelamatkannya dalam nahas kebakaran/letupan kereta api bawah tanah. Ending drama ni memang happy ending lah, bila watak utamanya berkahwin dan kes Han Mi Ri selesai. Bagi aku drama ni berada dlm tahap sederhana jer, nak kata best sangat pun tak dan nak kata x best langsung pun tak, kira okeylaa kalau nak layan masa bosan2. Apapun aku bagi 5.8 bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
Sinopsis Divorce Lawyer In Love

A common word of wisdom goes that you should never burn any bridges because you never know what the future will hold.
Go Cheok Hee (Jo Yeo Jung) is an unscrupulous divorce attorney who will do whatever it takes to get what she wants for her clients. Her office manager, So Jung Woo (Yun Woo Jin) doesn’t hold back his opinions and criticizes everything that Cheok Hee does wrong, and the two constantly bicker and collide. Ultimately, the two can’t stand each other and Jung Woo leaves his job and ends up going to law school and also becomes a divorce attorney. Years later, Cheok Hee gets her legal license suspended because of professional misconduct. When she runs into Jeong Woo, she goes to work for his law office as his office manager. With the tables now turned, can Jung Woo survive the abuse she gets from her new boss?

3 ulasan:

  1. kita suka jugak romantik komedi, macam nk try tengok cerita ni...tapi xleh tgok Yun Woo Jin belakon...sebab dulu cerita when a man loves, dia jadi anti-hero kan... kita mcm asyik teringat watak dia yang dulu tuh jer...xbagus kita kan....heheheh :D

    BalasPadam
  2. miss banu mmg peminat tegar citer korea kan... deqla pnh tgk gak..tp skali jer.. tu pon citer psl anjing..sedeh..hihi

    BalasPadam
  3. drma nie.. bagi penDapat sy.. mgmg best.. kelakar.. wlau x setanding drama hero yg lepas Marriage Not Dating .. tApi drama ni.. memg layan lah.. sentiasa terunggu2 episode seterusnya kt OneHD astro..hihi.. muNgkin sebab sy sUka actor utama yg berjaya meLakonkan watak dengan baik sekali .!!Yun Woo Jin mmg hensem .. hihi :D

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017