27 Jul 2015

Sinopsis Drama Carmela Lakonan Marian Rivera (Telenovela TV3)

Assalammualaikum..
Drama Filipina yang bertajuk Carmela telah mula disiarkan di Tv3 untuk slot telenovela. Drama Filipina ini dilakonkan oleh Marian Rivera, Alden Richards dan ramai lagi. Rasanya ramai yang kenal dengan Marian Rivera ni yang popular dengan deretan drama hits seperti Endless Love, Marimar, Temptation Of Wife dan banyak lagi. Drama Carmela ditayangkan di Filipina bermula Januari 2014 dan tahun ni dah start ditayangkan di Malaysia dah. Aku ada gak tengok episod2 awal drama ni di Tonton, best laa gak dan jalan cerita drama ni boleh tahan sedih jugak laa. Apa pun jom layann Sinopsis Drama ni kat bawah k.
Sinopsis Drama Filipina - Carmela

Jalan cerita bermula dari kisah hidup ibu Carmela yang bernama Amanda. Amanda mempercayai dirinya membawa malang. Namun semuanya berubah apabila dirinya bertemu dengan Danilo dan mereka berdua akhirnya berkahwin dan bahagia dengan kehadiran bayi perempuan mereka yang bernama Carmela. Suatu hari Danilo terbunuh akibat perbuatan jahat kawannya yg bernama Fernando yang sudah lama ada hati dengan Amanda. Kesusahan mula melanda hidup Amanda apabila terpaksa membesarkan anaknya Carmela bersendirian disamping dirinya turut menjadi mangsa rogol Fernando. Amanda akhirnya dimasukkan ke dalam penjara akibat perbuatan Fernando dan trpaksa berpisah dgn anaknya Carmela. Walaupun masih kecil, Carmela mengetahui segala perbuatan jahat Fernando pada keluarganya dan dirinya turut diugut oleh Fernando. Akibat terlalu takut, Carmela akhirnya meninggalkan bandar tersebut dan terjumpa dengan seorang perempuan dan dirinya dibesarkan oleh perempuan tersebut dan mendapat identiti baru sebagai Catarina.
Carmela/Catarina membesar menjadi seorang perempuan yang baik hati dan sangat cantik. Kecantikan yang dimilikinya sentiasa membuat ramai yang cemburu padanya. Walaubagaimanapun Carmela berdepan dengan masalah kewangan dalam membiayai pelajarannya kerana dalam masa yang sama, ibu angkatnya juga sakit. Carmela akhirnya jatuh cinta pada Santiago Yago Torres, dan hubungan mereka bakal diuji dan berdepan dengan masalah besar. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah Carmela akan bertemu semula dengan ibunya Amanda? Adakah Fernando akan terus menyusahkan hidup Amanda dan Carmela? kenalaa tengok nanti hehehe.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

6 ulasan:

NaZiRaH @ Ezyra berkata...

saya pun layan juga cerita ni, tapi masa cuti minggu lepas jela, skang dah start kja mmg x sempat, tgk online jela, hihi

Tanpa Nama berkata...

nazirah sy pun sama, first week cerita ni ditayangkn je dpt layan then mggu kedua ni da start kjea, oh u layan online mcm mana ye?apa app u dwnload?

IBU JULI berkata...

Best cter nye..terbaik.

siti aishah mohd anwar berkata...

Macam best jer cerita ni

Siti Myra berkata...

Not bad

Tanpa Nama berkata...

Sy mmg minat kat carmela ni sejak marimar dulu lg.cantiknya luar biasa

Related Posts with Thumbnails