19 Jul 2015

Sinopsis Filem Suamiku Jatuh Dari Langit

Assalammualaikum..
Filem Suamiku Jatuh Dari Langit ni tengah hangat ditayangkan di pawagam sempena hari raya ni. Filem ini dibintangi oleh Nora Danish, Qi Razali, Atikah Suhaime, Syuk SYJ dan ramai lagi. Kalau tak silap aku ni kali kedua Nora Danish dan Qi Razali berlakon dalam filem yang sama selepas filem Bencinta. Filem Suamiku Jatuh Dari Langit ni diarahkan oleh Eyra Rahman dan bergenre Romantik Komedi+islamik. Apapun jom layannn sinopsis filem ni kat bwah k..

Sinopsis Suamiku Jatuh Dari Langit

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas.
Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.
Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka.
Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .
Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka. 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

CintaHati Lina berkata...

Macam seronok pula cerita ni kan... kelakar dalam tegas..

Teruskan penulisan.. mommylina singgah sini...

Hanis Amanina berkata...

rupanya jatuh dari bumbung :D

Related Posts with Thumbnails