20 Jul 2015

Sinopsis Telefilem Cinta Paling Agung


Assalammualaikum..
Telefilem Cinta Paling Agung telah start ditayangkan di Astro First dan telefilem ini diarahkan oleh Hanung Bramanyto, yang merupakan pengarah bagi filem hits Indonesia iaitu Ayat-ayat Cinta. Telefilem Cinta Paling Agung ni dilakonkan oleh Aaron Aziz, Siti Saleha, Mia Sara, Zaskya Ada Meca dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis cite ni, jalan cerita Cinta Paling Agung ni macam familiar jer kan dan kita dah boleh agak apa yang terjadi seterusnya  Apapun jom layann sinopsis telefilem Cinta Paling Agung kat bawah ni k..

Sinopsis Cinta Paling Agung

Mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.
Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).


Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju. Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.
Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.
Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?
Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?

Update!! - 28 Julai 2015
~Aku dah tengok cite Cinta Paling Agung ni, best gak, banyak pengajaran, cuma ending cite ni macam simple sangat la plak kan...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

Marianne Eleanor berkata...

Miss Banu,

Apa pendapat awak cerita ini. Tolong beri pandangan yang betul dan ikhlas, boleh? Terima kasih.

BaNu Syah berkata...

@Marianne Eleanor Sejujurnya saya belum sempat lagi tonton cite ni, tapi kalau tengok dari trailer/sedutan babak2 tertentu dari telefilem ni nampak sangat menarik dan best. para pelakon cite ni pun nampaknya memberikan yang terbaik untuk watak diorang.

Amirah Hanis berkata...

Wei x sabar nk tengok

Related Posts with Thumbnails