31 Jul 2015

Sinopsis Drama Mak Cun Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Selepas telemovie Spain Uolls, Drama Ajaibnya Cinta kini muncul pula drama Mak Cun yang merupakan kesinambungan kepada jalan cerita telemovie dan drama sebelum ini. Walaubagaimanapun drama Mak Cun ni akan memfokuskan kehidupan Mak Cun dan anaknya di kampung. Drama Mak Cun ni masih mengekalkan watak dan pelakon asal dan diserikan lagi dengan kehadiran Umie Aida dan beberapa watak lain. Drama ini mempunyai 8 episod jer dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Apapun jom layann Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Mak Cun

Perusahaan Bedak Sejuk Mok Cun makin menjadi-jadi. Bukan shaja di Kokdiang malahan bedak sejuk Mok Cun sudah sampai ke merata negeri di Malaysia ini. Rumah Mok Cun dah macam kilang buat bedak sejuk.

Pada masa yang sama Manisa menaruh hati kepada Pak Akob. Manisa memang suka gila dengan Pak Akob tapi berdepan dengan persaingan apabila Pak Akob lebih tertarik kepada Mok Cun. Manisa mula dengki dengan Mok Cun termasuklah sanggup menjalankan perniagaan cucuk kolagen kerana mahu melawan perniagaan bedak sejuk Mok Cun. 

Walaubagaimanapun atas sebab tertentu, business bedak sejuk Mok Cun menghadapi masalah besar dan membuatkan Mok Cun susah hati dan kecewa. Pak Akob cuba memujuk Mok Cun namun tak berjaya. Manisa mengambil peluang ini untuk mendapatkan perhatian orang kampung dengan memburukkan bedak sejuk Mok Cun dan mula mempromosikan perniagaan kecantikannya.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Maisarah Humaira berkata...

layan jugak cerita ni.. suka tengok kerenah diorang. hehe

Zaleha Awaluddin berkata...

hihihi...
comel je drama ni :)

Related Posts with Thumbnails