23 Jul 2015

Producer - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni aku nak buat Review Drama Korea yang baru aku tengok baru-baru ni yang bertajuk Producer. Drama Korea Producer ini dibintangi oleh pelakon2 hebat dan popular seperti Kim Soo Hyun, Gong Hyo Jin, Cha Tae Hyun, IU dan ramai lagi. Kim Jong Kook (Running Man) pun ada berlakon dalam drama ni hehe jarang tengok Kim Jong Kook berlakon drama kan, tambah2 kawan baik die iaitu Cha Tae Hyun juga adalah antara pelakon utama drama ni, so makin meriah la kan dapat berlakon sekali dengan kawan baik. Drama ini mempunyai 12 episod jer tapi durasi masa untuk setiap episod agak lama juga iaitu selama 80-90 minit untuk satu episod. Drama ini baru jer habis ditayangkan di Korea pada 20 Jun 2015 yang lalu. Antara keunikan drama ini apabila banyak artis popular yang buat special appearance dalam drama ni seperti Hani Exid, Jang Hyuk, Lee Chun Hee, Sandara Park (2NE1), Lee Seung Gi, Go Ara, Roy Kim, Jung Joon Young dan ramai lagi.
Penulis Skrip drama ini adalah orang yang sama menulis Skrip drama popular My Love From The Star, yang mana hero drama tersebut adalah Kim So Hyun yang juga berlakon dalam drama ni. Drama ini juga turut menemukan semula Kim So Hyun dengan IU, yang sebelum ini turut berlakon bersama dalam drama Dream High (2011). Rating drama ini juga agak baik disamping jalan ceritanya yang agak unik dan lain dari yang lain kerana memaparkan kisah kehidupan seorang Produser, yang bekerja di bahagian Variety Department yang menerbitkan program2 Variety Show seperti 2 Days 1 Night dsbnya. Selalunya kita just enjoy dan gelak sakan bila tengok program2 berbentuk Variety Show dan kita tak tahu apa yang terjadi di belakang tabir, betapa susahnya nak menerbitkan dan maintain rating sesebuah program tu. Jadi bila tengok drama ni dapat gak laa sedikit pengetahuan tentang benda ni semua. Disamping memaparkan tentang kisah kehidupan produser dan pekerja2 di stesen tv, drama ini juga turut menyelitkan kisah cinta tiga segi antara watak utama dlm drama ni.
Ramai yang suka kalau watak Kim So Hyun sebagai Baek Seung Chan bercinta dengan watak IU sebagai Cindy bukannya Gong Hye Jin (Ye Jin). Tetapi Baek Seung Chan sangat sukakan seniornya itu tapi Ye Jin pulak ada hati dengan watak Cha Tae Hyun sebagai Ra Joon Mo. Memang sangat susah nak meneka siapa bercinta dengan siapa akhirnya, ending drama ini memang susah nak dijangka. Ada antara lagu OST drama ini dinyanyikan sendiri oleh IU dan aku juga sukakan watak IU sebagai Cindy yang merupakan penyanyi popular yang berlagak diva dan sombong. Biasanya dalam drama2 sebelum ini, IU selalu dapat watak-watak yang ceria dan happy go lucky jer tapi dalam drama ni sedikit berbeza sebab watak IU sebagai Cindy lebih sedih dan emosi sikit. Gong Hye Jin memang sangat sesuai dengan watak Ye Jin tu, manakala watak Kim So Hyun mcm ala2 nerd sikit, budak baik gitu tapi paling best bila watak die marah or x suka dengan seseorang, die akan balas dendam dengan cara paling cute sekali tu yang lawak. Dalam drama Produser ni banyak scene2 yang lawak okey, scene2 kelakar ni lah yang buat drama ni jadi lebih best.
Agak lawak juga bila Cha Tae Hyun memegang watak Ra Joon Mo yang merupakan seorang Senior Producer program 2 Days 1 Night sebab secara realitinya Cha Tae Hyun memang terlibat dan merupakan ahli tetap 2 Days 1 Night untuk dua musim berturut-turut iaitu musim kedua dan ketiga. Walaupun dalam drama ni diorang menggambarkan program 2 Days 1 Night sentiasa mendapat rating yang rendah tapi hakikatnya program 2D1N ini sentiasa mendapat rating yang tinggi di Korea dimana siaran program ini adalah serentak dengan program Running Man. Antara Scene/babak yang paling aku suka tengok masa watak Gong Hye Jin tu yang merupakan seorang yang tegas dalam bekerja tapi karakternyer akan bertukar jadi terlampau dan terlebih cute bila die mabuk. Part ni memang sangat x leh blah okey, bile die jadi cute tu mmg lawak habis, masa diorang berlakon babak ni banyak kali Kim So Hyun tergelak besar dengan gelagat Gong Hye Jin tu. Masa episod akhir pulak giliran K.So Hyun pula yang tiru gelagat G.Hye Jin yang jadi terlebih cute tu.
Ada di beberapa episod tertentu diorang selitkan babak2 NG yang macam bloopers tu yang mengandungi scene2 x brp jadi, syok tengok gelagat pelakon2 utama drama ni yang macam2 ragam. Aku juga suka tengok babak2 Cindy yang rajin melihat komen2 peminat mengenai dirinya dilaman sosial, siap diri die sendiri jadi ahli kelab anti fan nyer, x leh blah bila die yg menyamar jadi org lain dan dilantik jadi admin untuk kelab anti fan nyer sendiri, lawak betul hihi. Ending drama ni happy ending laa gak bila Ye Jin akhirnya bercinta dengan R.Joon Mo namun ending untuk Baek Seung Chan dengan Cindy agak kabur sikit sebab diorang tak bercinta pun tpi kira okeylaa tu. Apapun aku bagi 7 bintang dari 10 bintang untuk drama ni. Jom tengok Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Producer

Baek Seung Chan merupakan seorang rookie producer dalam Variety Departmen di stesen tv KBS. Dia merupakan orang baru di situ dan ditugaskan dalam program 2 Days 1 Night yang diketuai oleh Ra Joon Mo. Ra Joon Mo seorang yang baik namun bergelut dalam kariernya sebagai seorang senior producer yang mana rancangannya tidak mendapat rating yang tinggi. Baek Seung Chan tidak begitu suka dengan Ra Joon Mo dan R.Joon Mo juga tidak begitu suka dengan sikap B.Seung Chan yg agak lurus bendul. Tak Ye Jin pula merupakan Senior Poducer untuk rancangan popular Music Bank, die menghadapi masalah dalam percintaan dan turut ada hati pada kawan baiknya Ra Joon Mo namun Ra Joon Mo yang tidak suka dengan komitmen dalam perhubungan buat2 tidak faham mengenai perasaan Ye Jin padanya. T.Ye Jin mula berkenalan dan berbaik-baik B.Seung Chan apabila die secara tidak sengaja telah merosakkan kereta milik ayah Seung Chan. Ye Jin awalnya hanya berpura-pura baik dengan Seung Chan bagi mengelakkan dirinya dari membayar ganti rugi tentang kerosakan kereta tersebut, namun akhirnya Ye Jin senang dengan sikap Seung Chan yang baik dan mendengar kata.
Tambahan lagi Seung Chan juga secara tidak sengaja turut mengetahui rahsia Ye jin yang tinggal serumah dengan R.Joon Mo membuatkan mereka jadi rapat. Akhirnya Seung Chan jatuh hati pada Ye Jin, walaubagaimanapun Ye Jin menghadapi masalah dalam menguruskan perangai Diva penyanyi Cindy yang terlibat dlm programnya. Cindy juga jatuh hati dengan B.Seung Chan sehingga sanggup menerima tawaran menjadi cast dalam 2D1N semata-mata ingin dekat dengan Seung Chan. Namun Cindy juga tahu yang B.S.Chan ada hati pada orang lain. Dalam masa yang sama Cindy turut mengalami masalah dengan syarikat pengurusannya, dirinya asyik dieksploitasi oleh manager syarikat berkenaan sehingga membuatkan Cindy menghilangkan diri seketika dan tanpa dirancang Cindy akhirnya berada dan tinggal beberapa hari di rumah Ra Joon Mo dan Ye Jin. Di situ, Cindy mula menjadi rapat dengan dengan R.J.Mo, BSC dan Ye Jin. Manakala Ye Jin mula mengenali perangai sebenar Cindy dan berbaik-baik dengannya.

Cindy kembali semula setelah beberapa hari menghilangkan diri dan dirinya mula dihukum atas kesalahannya apabila manager syarikat tersebut mula mencari artis baru. Cindy berasa tertekan dan dirinya mula disisihkan oleh Syarikat Pengurusannya. Cindy juga mengalami tekanan hebat bila dituduh menipu dan Ye Jin menjadi penyelamat Cindy apabila berjaya membersihkan nama Cindy dan di saat sukar, Ra Joon Mo mempertahankan Cindy dari dibuang dari program 2 Day 1 Night. Akhirnya Cindy memutuskan untuk keluar dari syarikat pengurusannya dan berdikari sendiri dengan menguruskan kerjayanya sendiri dan bermula dari bawah semula.


Baca gak review drama2 korea yg lain kat bawah ni yer..


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

macam menarik jer nih...

Related Posts with Thumbnails