-->

18 Sep 2015

Sinopsis Filem Polis Evo

Assalammualaikum..
Filem Polis Evo akan mula ditayangkan di pawagam mulai 17 September ini dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Mimie Ernida dan ramai lagi. Filem Polis Evo ini diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. Rasanya filem ni mesti dapat sambutan hangat sebab ada pelakon best dan popular yang menjadi teraju utama filem ini seperti Sam, Zizan dan juga Nora Danish. Lagu tema / OST Polis Evo ini bertajuk Evo dan dinyanyikan oleh Sonaone dan Joe Flizzow. Apapun jom layann sinopsis filem ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Polis Evo

Inspektor Khai (Shaheizy Sam),Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017