27 Sep 2015

Sinopsis Filem Jwanita Lakonan Maya Karin

Assalammualaikum..
Filem Jwanita adalah filem terbaru karya Osman Ali dan merupakan filem seram kedua beliau selepas filem Puaka Tebing Biru. Filem Jwanita dibintangi oleh Maya Karin, Bront Palarae, Christina Suzanne, Marsha, Umie Aida dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan di Pawagam bermula 24 September 2015. Kalau tengok dari Trailer dan Sinopsis Filem Jwanita ni memang nampak laa boleh tahan seram juga filem ni hehehe. Mesti ramai yang akan pergi tengok filem ni nanti kan, selalunya filem seram ni memang syok gi tengok dengan kawan2 gitu. OST filem ini dinyanyikan oleh Alyah yang bertajuk Dendam Cinta. Apapun jom layan Sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Jwanita

Filem Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jwanita (Maya Karin). Jwanita mengalami gangguan mental yang agak serius akibat kerapkali didera fizikal dan mental oleh ibubapa angkatnya. Mereka berdua adalah pengamal ilmu hitam.
Kehidupan Jwanita mula bersinar kembali dengan kehadiran Farhan (Bront Palarae). Farhan merupakan doktor yang merawat Jwanita selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.
Namun hancur hati Jwanita kerana Farhan yang dicintainya itu, rupanya tunang kepada adik kandungnya bernama Julaika. Nasib Julaika jauh lebih baik dari Jwanita.
Jwanita menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika. Tetapi selepas itu dia kembali semula dengan perwatakan yang sangat berbeza. Dia kembali bersama dendam di jiwa.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails