-->

4 Sep 2015

Sinopsis Drama Bukan Isteri Sempurna Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Bukan Isteri Sempurna adalah drama terbaru di Slot Samarinda Tv3, yang akan menggantikan drama Ammara Batrisya yang telah tamat episodnya. Drama ini akan mula disiarkan di TV bermula 3 September ini dan merupakan adaptasi daripada novel yang tajuknya juga sama karya Tulip Ungu. Drama Bukan Isteri Sempurna dilakonkan oleh Dazrin Kamaruddin, Atikah Suhaimi, Mimi Ernida, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan merupakan terbitan A. Aida Production / Kaki Novel. Nampaknya Dazrin pegang dua watak dalam cite ni iaitu adik beradik kembar. Rasa macam best jer cite ni, apapun jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Bukan Isteri Sempurna
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

3 ulasan:

  1. macam best je sinopsis.
    nanti kene tengok ni cerita dia. huhu
    JOM FOLLOW SAYA

    BalasPadam
  2. kan...sinopsis mmg best...tp KG tak berapa minat dgn pelakonnya

    BalasPadam
  3. Oh...hotslh lps ni sbb belakon drama dari adaptasi novel

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017