13 Sep 2015

Sinopsis Filem Nota Lakonan Maya Karin

Assalammualaikum..
Filem Nota yang dibintangi oleh Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan, Rin Izumi telah pun ditayangkan di pawagam bermula 13 Ogos yang lalu. Filem ini diarahkan oleh pengarah yang berasal dari Jepun iaitu Yasu Tanaka. Filem Nota ini bergenre psiko, jenayah, misteri dan thriller. Lokasi shooting filem ini kebanyakkannya dibuat di Sarawak dan merupakan filem berbahasa melayu pertama yang diarahkan oleh Yasu Tanaka. Filem ini juga merupakan gandingan pertama Maya Karin bersama Hans Isaac dan dengar cerita, Filem Nota ini juga merupakan filem terakhir Hans Isaac sebagai pelakon, maybe lepas ni Hans Isaac nak fokus dalam bidang pengarahan jer kot atau bidang2 lain. Apapun jom layann sinopsis filem ini kat bawah k..

Sinopsis Filem Nota

Kamal dan Erin adalah sepasang suami isteri yang telah lama menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi. Ketika ulangtahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu.
Ketika perjalanan mereka ke Bako, Erin tak sengaja terjumpa nota yang ditulis Kamal yang membayangkan dia akan mengakhiri semuanya di puncak tebing. Erin berasa sangat bersalah dengan situasi berkenaan. Selepas itu Erin mendapat tahu bahawa Kamal mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan sekarang ini telah mengandung anak Kamal.
Dalam keadaan sedih dan tertekan, antara cinta dan benci, Erin merancang satu pembunuhan dengan menggunakan nota itu menjadi bukti yang kuat untuk dirinya. Rancangannya tergendala dengan kehadiran Jemat, seorang pembawa bot yang membawa mereka ke kawasan Taman Negara Bako.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

Nurfaezah Abdullah berkata...

mcm best je sinopsis ceta tu

Athirah Zain berkata...

baca sinopsis pon dah ssaspen ni,,,

Syah berkata...

jom join GA ni..rm200 menanti anda!

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

hamizah che mat berkata...

perhhh macam best jalan cerita
JOM FOLLOW SAYA

Related Posts with Thumbnails