26 Sep 2015

Super Spontan All Stars - Jihan & Yasmin Hani Tersingkir

Assalammualaikum..
Super Spontan All Stars telah pun masuk minggu kelima dan menyaksikan Team Silat Dongibab yang diketuai oleh Zizan telah pun kalah pada minggu ini. Kekalahan team Silat Dongibab menyebabkan Jihan Muse dan Yasmin Hani tersingkir. Kini tinggal Uqasha jer laa sorang perempuan yang kekal dalam Super Spontan All Stars. Rasanya kalau minggu depan team Johan iaitu Kungfu Kipidup kalah kemungkinan besarlah Uqasha yang akan disingkirkan sebab yang tinggal dalam kumpulan tu memang hebat2 dah. Tapi kalau team Silat Dongibab yang kalah tak tahu la plak sape yang akan disingkirkan.
Mark Adam dan Noni menjadi selebriti jemputan dalam SS All Stars di minggu kelima ini. Apapun gelagat Mark Adam yg ala2 blur gitu membuatkan permainan menjadi lebih kelakar. Antara games yang diorang main di minggu ini adalah Beku, Skrip Rabak, Terteruk Di Dunia dan Di Ladang, Sidang Media Spontan dan Muzik Video Spontan. Apapun lepas ni makin sengitlaa SS All Stars kan.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails