-->

2 Mei 2018

List Filem Bollywood - April 2018


Bulan April yang lalu, aku sempat layan 4 filem bollywood, 2 daripada filem tu adalah filem yang dilakonkan oleh Akshay Kumar. Aku juga akan buat review untuk semua filem dibawah ini di entry yang lain, So jom tengok senarai filem tersebut di bawah ini okey.

1) Baghi (2016)
Pelakon: Tiger Shroff, Shraddha Kapoor, Sudheer Babu, Shaurya Bhardwaj, Sunil Grover dan ramai lagi.
Senarai Filem Bollywood Bulan April 2018, List Filem Bollywood - April 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Baghi, Baghi, Baghi 1, 2016, Baghi Cast, Pelakon Filem Baghi, Tiger Shroff, Shraddha Kapoor, Sudheer Babu, Shaurya Bhardwaj, Sunil Grover, Sinopsis Baghi,
Filem Baghi ini release tahun 2016 dan sebab utama aku tengok filem ini adalah kerana filem ini ada sequelnya iaitu Baghi 2 dan tak lama lagi ada Baghi 3 pula, dimana jalan cerita setiap filem tersebut semuanya berbeza, cuma hero saja yang sama tapi heroin filem pula bertukar. Jadi bila aku tahu filem ini akan ada sequel so aku ingat filem Baghi ini best, kalau tak best tak kan ada sequel pula dan seterusnya kan. Jadi bila dah layan filem Baghi edisi yang pertama ni, jalan ceritanya biasa - biasa saja dan ada persamaan pula dengan beberapa filem lain. Gandingan pelakon dah best cuma jalan cerita tak berapa mantap, rating IMDb pun setakat 5.1/10 saja.

2) Rustom (2016)
Pelakon: Akshay Kumar, Ileana D'Cruz, Arjan Bajwa, Esha Gupta, Pawan Malhotra dan ramai lagi
Senarai Filem Bollywood Bulan April 2018, List Filem Bollywood - April 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Rustom, Rustom, 2016, Movie Rustom, Based On True Strory, Berdasarkan Kisah Benar, Pelakon Lelaki Terbaik, Hindi Movie Rustom, Rustom Cast, Pelakon Filem Rustom, Akshay Kumar, Ileana D'Cruz, Arjan Bajwa, Esha Gupta, Pawan Malhotra, Sinopsis Rustom,
Aku tertarik nak tengok movie Rustom ini sebab ianya berdasarkan kisah benar dan memang enjoy layan movie ini sebab suspen, menarik dan ada banyak scene - scene di mahkamah. Paling best movie ini ada plot twist gitu, malah Akshay Kumar juga telah menang Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Rustom ini. Rating IMDb juga agak tinggi iaitu 7.1/10 untuk filem ini.

3) Newton (2017)
Pelakon: Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Anjali Patil, Raghubhir Yadav, Danish Hussain dan ramai lagi.
Senarai Filem Bollywood Bulan April 2018, List Filem Bollywood - April 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Newton, 2017, Hindi Movie Newton, Pilihanraya, Undi Pilihanraya, Newton Cast, Pelakon Filem Newton, Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Anjali Patil, Raghubhir Yadav, Danish Hussain, Sinopsis Newton,
Filem Newton ni dah menang banyak anugerah dan jalan ceritanya juga unik, mengisahkan Newton Kumar yang bertugas sebagai pegawai pilihanraya yang sangat berdisiplin dan komited dengan tugasnya. Newton terpaksa pergi ke kawasan pendalaman India dan meredah hutan dan ditemani dengan sekumpulan askar kerana kawasan tersebut dikuasai pengganas. Pelbagai perkara yang dilalui Newton untuk menyelesaikan tugasnya itu, malah sikapnya yang terlalu mengikut peraturan dan jujur turut menyulitkan keadaan. Memang best layan movie ini, malah rating IMDb untuk movie Newton ini juga tinggi iaitu 7.8/10. Dekat - dekat nak PRU14 (Pilihanraya Umum Malaysia) ini memang sesuai sangatlah layan movie Newton ini kan hehe. 

4) Jolly LLB 2 (2017)
Pelakon: Akshay Kumar, Huma Qureshi, Saurabh Shukla, Annu Kapoor, Kumud Mishra, Sayani Gupta dan ramai lagi.
Senarai Filem Bollywood Bulan April 2018, List Filem Bollywood - April 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Jolly LLB 2, Hindi Movie Jolly LLB2, Sequel, Jolly LLB 2, 2017, Jolly LLB2 Cast, Pelakon Filem Bollywood Jolly LLB 2, Akshay Kumar, Huma Qureshi, Saurabh Shukla, Annu Kapoor, Kumud Mishra, Sayani Gupta, Peguam, Mahkamah, Kes Mahkamah, Jenayah, Hakim, Kelakar, Black Comedy, Sinopsis Jolly LLB 2,
Filem ini ala - ala black comedy gitu dan merupakan sequel pada filem Jolly LLB (2013) namun jalan cerita kedua - dua filem tersebut berbeza. Malah watak hero untuk kedua - dua filem ini juga berbeza, dalam Filem Jolly LLB (2013) watak Jolly dilakonkan oleh Arshad Warsi manakala untuk filem sequelnya, watak Jolly dilakonkan oleh Akshay Kumar. Arshad Warsi juga macam kecewa bila tak terpilih untuk berlakon dalam filem sequel ini. Aku tak tengok filem yang pertama tu tapi aku suka filem Jolly LLB 2 ini sebab ada lawaknya, ada sedihnya dan banyak juga scene - scene di mahkamah kerana Jolly seorang peguam. Hakim dalam movie ini juga pelik, unik dan kelakar siap ada plot twist untuk watak hakim tu hehe. Apa pun aku memang enjoy menonton filem ini, Akshay Kumar juga berjaya melakonkan watak Jolly itu dengan baik sekalu. Rating IMDb untuk movie ini juga tinggi iaitu 7.3/10 gitu.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

4 ulasan:

  1. semua tak pernah tgk lagi. tp newton tu mcm best!

    BalasPadam
  2. kannnn baaghi memang bosan, yang baaghi 2 ni pulak action dia masala genre hmmm

    BalasPadam
  3. cuba tengok trapped
    best
    xsilap rajkumar rao tu berlakon

    BalasPadam
  4. Sekarng ni dh xtgk cita bollywood.. Zaman dulu ja layan

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017