-->

7 Jan 2015

Top 10 Filem Bollywood Yang Mendapat Kutipan Tertinggi (Box Office)

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak senaraikan Top 10 Filem Bollywood yang mendapat kutipan tertinggi ketika ditayangkan di pawagam, pendek katanya filem yang mendapat kutipan yang Box Office di Seluruh Dunia. Senarai filem2 ini adalah untuk filem-filem Bollywood yang masih baru nyer iaitu diantara tahun 2009-2014, kiranya filem-filem lama tak masuk dalam senarai ini. Jom kita tengok filem Bollywood mana yang paling popular serta Box Office gitu.

Tempat pertama jatuh kepada filem.............

1) DHOOM 3
Pelakon- Aamir Khan, Katrina Kaif, Abhishek Bachan.
2) Chennai Express
Pelakon- Shah Rukh Khan, Deepika Padukone.
3) 3 Idiots
Pelakon- Aamir Khan, Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor.
4) Happy New Year
Pelakon- Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, Abhishek Bachan, Sonu Sood, Boman Irani.
5) Krrish 3
Pelakon- Hrithik Roshan, Priyanka Chopra, Vivek Oberoi, Kangana Ranaut.
6) Kick
Pelakon- Salman Khan, Jacqueline Fernandez
7) Ek Tha Tiger
Pelakon- Salman Khan, Katrina Kaif.
8) Bang Bang!
Pelakon- Hrithik Roshan, Katrina Kaif
                                            
9) Yeh Jawaani Hai Deewani
Pelakon- Ranbir Kapoor, Deepika Padukone.
10) Dabangg 2
Pelakon- Salman Khan, Sonakshi Sinha.
Itulah senarainya, korang dah pernah tengok tak semua 10 filem diatas yang popular dan Box Office ni? Kalau tak pernah tengok bolehlaa try tengok nanti yer. Aku dah tengok kesemua 10 filem Bollywood kat atas ni. Ada tengok kat TV, ada gak yang tengok kat internet hahaha. Search jer kat google tu. Tapi satu laa yang kurenggg sikit bila tengok cite hindustan kat internet ni, hampir kesemuanya takde english subtitle okey. Kalau jumpa yang ada subtitle tu memang kira nasib baiklah hehehe. Tapi filem bollywood ni senang gak laa nak faham bahasa diorang sikit-sikit berbanding Korea tu. 
Read More »

6 Jan 2015

Konsert Akhir Gegar Vaganza Penuh Kejutan

Assalammualaikum..
Ahad yang lalu telah berlangsungnya Konsert Akhir Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil dan Jihan. Manakala untuk red carpet dihoskan oleh Shahrol Shiro dan Dahlia pengacara Hlive. Dapat dilihat ramai artis baru dan lama datang ke konsert ini, banyak artis best2 yang menyanyi dalam konsert ini selain dari peserta yang bertanding. Pembukaan konsert diserikan dengan nyanyian Black dan Faizal Tahir. Awalnya terdapat sedikit gangguan siaran di tv tapi akhirnya ianya berjalan lancar. Semua peserta memberikan persembahan terbaik mereka. Saingan memang sengit antara 6 finalis ini iaitu Rahmat Mega, Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Ayai Illusi dan Mamat Exists.

Rosyam Nor dan Mamat Khalid turut menjadi juri jemputan. Bagi aku, aku paling suka dengan lagu2 dendangan Mamat Exists, lagu Salju Di Danau Rindu, Janji Padamu memang best giler, rasanya semua pun pernah dengar lagu tersebut, nostalgia sungguh hehehe. Mamat juga turut menang persembahan terbaik hasil undian penonton. Kemudian ada plak kump Spoon yang yang mendendangkan lagu popular Rindu Serindu rindunya, diikuti pula dengan kump New Boyz bersama vokalisnya Tomok menyanyikan lagu popular diorang iaitu Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang. Gilerlahh memang best, diikuti dengan kump Kristal yang menyanyikan lagu Seragam Hitam dengan 1 lagu english.

Kejutan seterusnya mestilah pada Hairul Azreen yang melamar Hanis Zalikha secara live uollss. Ramai yang cakap sweetnyer, ada gak yang x berapa suka dengan cara diorang ni, apa pun aku no komen terhadap isu ini. Kemudian masuk pula pusingan Battle yang mana 2 peserta akan berentap dalam satu lagu. Semua lagu Rap gitu, Ifa Raziah dan Haleeda menyanyi lagu Fanatik KRU, Mamat dan Fazli Zainal menyanyikan lagu Havoc, best plak tengok diorang nyanyi lagu gini hehe, lawak pun ade tapi still best gitu, manakala Ayai dan Rahmat menyanyikan lagu Kalau Aku Kaya. Pusingan Battle memang sangat menarik dan terbaik. 

Kejutan seterusnya tentulah dengan kemunculan Ratu Dangdut Amelina yg menyanyikan lagu Asyik, Rindu dan turut berduet dengan Jamal Abdillah menerusi lagu Seri Langkat. Seterusnya Jamal Abdillah menyampaikan lagu Seniman Menangis. Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlyn turut menjadi penonton dan kelihatan kamera suka benar zoom in diorang hehe. Nak tergelak tengok gelagat Johan yang excited giler bila Jamal Abdillah menyanyi lagu kegemarannya itu. Johan pernah buat parody lagu ni juga dulu hehe. Apapun tahniah buat Ayai kerana bergelar Juara, sememangnya suara Ayai tu sangat unik dan sedap didengar.

Naib juara milik Haleeda, tempat ketiga menjadi milik Mamat Exists, diikuti Rahmat Mega, Ifa Raziah dan Fazli Zainal. Aku yakin tak lama lagi pasti ada Gegar Vaganza musim keduanyer hehe. Apapun hope musim keduanyer biarlah LIVE tiap2 minggu baru best hehe.
Read More »

5 Jan 2015

High School - Love On : Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada tengok drama High School- Love On lakonan Kim Sae Ron dan 2 anggota kumpulan Kpop Infinite iaitu Woo Hyun dan Sung Yeol. Heroin drama ni iaitu Kim Sae Ron sangat muda kot baru berusia 14 tahun tapi dah pegang watak utama gitu. Manakala Woo Hyun dan Sung Yeol ni aku tak berapa kenal sangat dan aku juga x berapa kenal sangat kump Infinite ni sebab aku bukan peminat Kpop ni semua. Bila budak2 Kpop ni start berlakon drama baru lah aku kenal diorang hehehe. Dalam drama ni Woo Hyun dan Sung Yeol menggunakan nama mereka sendiri untuk nama watak dalam drama ni. Drama ni berkisarkan percintaan remaja dan juga fantasi serta mempunyai 20 episod kesemuanya.
Drama ni ditayangkan seminggu sekali pastu ada 20 episod lak tu, memang lama betul lah cerita ni nak habis sebab makan masa 20 minggu pastu ada plak minggu2 yang drama ni tidak ditayangkan atas sebab2 tertentu. Jalan cerita drama ni menghiburkan juga namun di pertengahan episod jalan cerita drama ni jadi sedikit meleret. Part ketika nenek Woo Hyun mati tu agak sedih jugalah kerana Woo Hyun takde sesiapa kecuali girlfriendnyer Lee Seul Bi. Satu lagi ketika part Sung Yeol berubah sikap dari budak baik menjadi budak jahat tu sangat meleret kot, beberapa episod habis tang part nak tunjuk Sung Yeol jadi jahat jer. Apapun aku suka adegan rakan sekelas Woo Hyun dan Seul Bi yang sentiasa rajin membantu Woo Hyun menjaga dan menguruskan kedai makan milik neneknya itu. 
Woo Hyun, Sung Yeol dan Seul Bi berada dalam kelas yang sama. Rakan2 sekelas mereka ni ada macam2 ragam dan perangai, seronok tengok keletah masing2, ada yang kaki buli, ada yang ulat buku, ada yang suka makan, tak kurang juga yang suka bergaya dan ada juga yang garang. Guru2 diorang juga kelakar dan sporting. Lagu2 OST dalam drama ni boleh tahan best juga, aku paling suka lagu duet tu, lagu tu slow, steady n sweet jer dengar hehehe. Dalam banyak2 scene, ada satu scene yang aku x leh blah, bila kawan2 Woo Hyun dan Woo Hyun mengambil keputusan untuk mendedahkan identiti Lee Seul Bi kepada semua sebagai langkah untuk melindunginya dari sebarang ancaman. Bagi aku diorang patut merahsiakannya bukan mendedahkan, bila rahsia dah terdedah lagilaa orang nak tahu benda tu betul ke tak.
Dalam drama ni semestinyalah ada kisah cinta tiga segi yang mana Lee Seul Bi jadi rebutan antara Woo Hyun, Sung Yeol dan juga Senior Angel hehehe. Namun diakhir cerita mestilah hero yang menang kan hehe. Dalam drama ni diselitkan juga kisah kekeluargaan. Apapun secara keseluruhannya drama ni layann juga, menghiburkan dan enjoy. Meh tengok Sinopsis drama ni yang mengisahkan Lee Seul Bi yang merupakan seorang Angel terpaksa menjadi manusia secara tiba-tiba, selepas secara tidak sengaja menyelamatkan Woo Hyun dari cedera/mati. Akhirnya Lee Seul Bi tinggal bersama Woo Hyun dan neneknya seterusnya mereka bercinta. 
Sung Yeol juga turut menyukai Lee Seul Bi dan cuba rapat dengan Seul Bi dan Woo Hyun. Akhirnya mereka bertiga menjadi sahabat baik. Cinta Sung Yeol ditolak oleh Seul Bi namun mereka masih berkawan baik. Woo Hyun juga suka berkawan dengan Sung Yeol. Woo Hyun akhirnya mengetahui identiti sebenar Lee Seul Bi dan cuba melindungi Seul Bi dari segala bahaya. Di sekolah Seul Bi sentiasa dibuli oleh pelajar lain yang cemburu dengan hubungannya bersama Woo Hyun dan Sung Yeol. Keadaan mula rumit bila Sung Yeol mengetahui yang ibu tirinya sekarang adalah ibu kandung kepada Woo Hyun. Sung Yeol berasa dirinya tertipu dan semua benda yang dia suka dirampas oleh Woo Hyun. 
Akhirnya Sung Yeol berubah sikap menjadi bad boy dan cuba menyakiti hati Woo Hyun dan ibu tirinya dalam pelbagai cara. Namun Woo Hyun tetap bersabar dan memahami perasaan Sung Yeol. Keadaan diburukkan lagi dengan identiti sebenar Seul Bi mula terdedah di kalangan rakan sekelas mereka. Pelbagai perkara berlaku dan akhirnya Sung Yeol mula insaf namun Sung Yeol, Woo Hyun, Seul Bi, terlibat dalam satu kemalangan dan akhirnya Lee Seul Bi hilang. Apa yang bakal seterusnya kena lah tengok drama ni hehe. Aku bagi 2.6 Bintang untuk drama ni dari 5 bintang.

Jom Baca Entry Dibawah ni jugak yer..

Review Drama Lakonan Kim Sae Ron yang terdahulu-
Read More »

4 Jan 2015

Siri Animasi/Kartun Puteri TV3 Episod 1 Hingga 6

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang suka tengok siri animasi Puteri kat tv3 tu, cuma biasalah cite ni sangat pendek dalam 7 minit jer untuk setiap episod. Walaupun hanya 7 minit jer tapi sangat menarik dan menghiburkan. Mengisahkan 5 puteri iaitu puteri limau manis, limau kasturi, limau bali, limau purut, dan limau nipis dari kerajaan Limau. Kelima-lima beradik ini mempunyai kemampuan yang luar biasa yang apabila digabungkan, mampu menjaga keharmonian dan keamanan dalam kerajaan dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik dan sihir. Aku ni tak berapa gemar siri animasi/kartun ni, tapi bila tengok animasi Puteri ni, rasa best laa, rugi tak tengok. 
Jadi kat bawah ni aku senaraikan link2 untuk korang tengok animasi Puteri ni dari Episod 1-6. Korang just klik jer link kat bawah ni k. Selamat Menonton.

Read More »

3 Jan 2015

Tema Minggu Ke-8 Maharaja Lawak Mega 2014 : Bersama Artis Jemputan

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke-8 dah Maharaja Lawak Mega 2014 bersiaran dan untuk minggu ke 8 ni, temanya adalah bersama Artis Jemputan. Ini bermakna setiap peserta akan membawa artis jemputan masing2 untuk beraksi bersama mereka. Apapun di minggu ke-8 ni semua peserta memberikan persembahan yang menghiburkan dan kelakar. Rasanya minggu ni yang paling best dan aku sendiri pun banyak gelak tengok MLM2014 di minggu ke-8 ni. Amyra Rosli menjadi artis jemputan untuk kump Virus. Manakala Stacy menjadi pilihan kump Zero dan Akim jadi penonton hehehe. Ogy Ahmad Daud jadi artis jemputan Jalor.

Kamarul Hj Yusof menjadi artis jemputan kump Sepahtu, Afdlin Shauki pula menjadi artis pilihan SYJ, Nasir Bilal Khan menjadi pilihan kump Shiro. Manakala Hazama menjadi pilihan Nabil dan Adik Balqish menjadi artis jemputan untuk kump Bocey. Ramai peserta dapat 5 bintang dari para juri. Shahrol Shiro turut menang Man Of The Match. Rasanya Shiro yang paling kelakar hehe. Apapun minggu ni mmg best.
Jalor, Virus dan SYJ berada di kedudukan bottom three, namun tiada penyingkiran di minggu ini. Jadi ini bermakna 8 peserta MLM2014 terus kekal ke minggu depan.
Read More »

2 Jan 2015

Berita Harian, Metro Naik Harga


Assalammualaikum..
Mulai hari ini, 1 Januari 2015 Akhbar Berita Harian (BH), Harian Metro naik harga sebanyak 30 sen iaitu dari RM1.50 ke RM 1.80 sekarang untuk hari2 biasa, untuk hujung minggu aku tak pasti lak naik harga ke tak. Akhbar2 lain aku tak pasti pulak, naik harga jugak ker? huhuhu kalau naik 10 sen boleh terima gak ni sampai 30 sen. Rasanya pasni makin ramai pe baca online jer newspaper ni tak pun tunggu berita kat tv. Tapi kalau ada topik menarik dan isu2 hangat berlaku, mesti orang beli gak newspaper ni semua. Apapun tepuk dada tanya selera.
Read More »

1 Jan 2015

Perkahwinan Pelakon Filipina Marian Rivera & Dingdong Dantes

Assalammualaikum..
30 Disember 2014 adalah hari bersejarah buat pasangan popular ini yang juga merupakan pelakon popular Filipina iaitu Marian Rivera dan Dingdong Dantes. Mereka turut dikenali dengan nickname DongYan Couple. Rasanya banyak drama lakonan mereka berdua ditayangkan di Malaysia seperti Marimar, Dyesebel, Dangerously In Love. Marian Rivera turut popular dengan watak Angeline dalam drama Temptation Of Wife. Pasangan ini memang sama cantik sama padan kan. Marian Rivera memang sangat jelita dengan gaun pengantinnya yang curlazz gitu. Apapun jom layan gambar2 perkahwinan diorang kat bawah ni k.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017