-->

20 Sep 2011

NovEL BiSik-BiSik GeLoRa~FaUziaH AshaRi~


AssaLammualaikum..
beberapa hari lepas telah berjaya menghabiskan membaca novel kedua untuk bulan nih hehehe..novel pertama ialah Yang Dicari (spt dlm entri lepas2)so ni adalah novel kedua yg aku baca..karya dari novelis popular iaitu Fauziah Ashari..sape yg minat baca novel..pastinya mengenali penulis novel ini..ala yg pernah menghasilkan novel meletup Ombak Rindu sampai sudah difilemkan..tggu tayangan jer..so Novel ni adalah buah tangan terbaru beliau lah yg bertajuk Bisik-bisik Gelora..okey jom tengok sinopsis novel ni k..

~SiNoPsiS~
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Bagi aku jalan cite Novel nih.mmg best..dan rasanya mempunyai potensi untuk didramakan mahupun difilemkan dikemudian hari..penuh konflik,drama,aksi dan emosi..x jemu or bosan membacanya..n x rugi juga membelinya..
so to Uolls SeLaMat MeMBaCa......

1 ulasan:

  1. hmm sinopsis dy mcm best ! :)) tp sy lebih suka cite pasal akwin paksee & pilihan ibubapa. hikhik

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017