-->

18 Jul 2014

Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine

Assalammualaikum
 Satu lagi tragedi mengejutkan negara apabila Malaysia Airlines (MAS) mengalami satu lagi kemalangan pesawat selepas MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine. 
Berita terkini oleh media asing melaporkan MH17 "ditembak jatuh" ketika ia berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. 

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.
Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.


P/s- Malaysia diuji lagi, Takziah untuk semua keluarga mangsa..

4 ulasan:

  1. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam. semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman disamping-Nya. sesungguhnya apa yang terjadi adalah percaturan Allah SWT kerana Dia jualah yang mengetahui segalanya. doakan Malaysia kekal aman dan terpelira sentiasa. condolences for the lost souls of the people on board #MH17.

    BalasPadam
  2. Kun Fa Ya Kun... Sedih sangat bile dengan berita ni... Malaysia diduga sekali lagi ... Allah je yang tahu macammana perasaan mereka ketika ditembak ketika itu.. Allahuakbar... daripadaNYA kita datang kepadaNYA kita kembali... Al-Fatihah.

    BalasPadam
  3. Takziah keatas keluarga yang terlibat

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017