21 Jul 2014

Big Man- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Big Man yang dibintangi oleh Kang Ji Hwan, Choi Daniel, Lee Da Hee dan ramai lagi. Drama ni ditayangkan di saluran KBS dan mempunyai 16 episod. Drama ini juga baru habis ditayangkan di Korea pada awal bulan lalu (Jun). Memang best layan drama ni, banyak pengajaran dan member inspirasi gitu. Seronok tengok persaingan antara 2 watak utama dalam cerita ni iaitu Kim Ji Hyuk dan Kang Dong Suk. Apapun memang sangat kesian bila tengok semua orang dalam cerita tu menipu Kim Ji Hyuk hidup2 dan Kim Ji Hyuk ni pula walaupun agak brutal tapi mempunyai hati yang baik dan lurus serta suka membantu orang lain.
Awalnya agak tidak suka dengan watak So Mira tu sebab die tak tahu apa yang die nak dan sape yang die nak pilih. Watak die cam lemah sikit n mengikut jer kata orang atasan namun dipertengahan episode barulah Nampak perkembangan watak So Mira ni, bila die cuba melawan dalam senyap. Aku perasan juga ramai yg suka kalau Kim Ji Hyuk tu bercinta dengan Kang Ji Ah yang merupakan adik Kang Dong Suk tu sebab Ji Ah lebih brutal gak n sesuai dgn Ji Hyuk hehe tapi Ji Hyuk memang dah sukakan So Mira dari awal lagi. Dalam drama ni ada gak cinta tiga segi yang mana Kim Ji Hyuk ngan Kang Dong Suk sama2 mahukan cinta So Mira.
Lakonan Choi Daniel sebagai Kang Dong Suk memang superb, memang geram jer tengok die berlakon jadi jahat pastu sentiasa tersenyum sinis gitu. Nampak die baik jer tapi sebenarnya die jahat. Die sntiasa memandang rendah pada K.Ji Hyuk dan sentiasa ingin mengalahkannya. Banyak kali die cuba untuk memusnahkan hidup K.Ji Hyuk dan juga org2 yg disayangi oleh KJH. Selain itu watak mak dan ayah Kang Dong Suk tu juga memang mengjengkelkan, sama2 jahat tu. Hanya Kang Ji Ah jer yang jujur dengan K.Ji Hyuk sebab tu KJH melayan K.Ji Ah dengan baik. Suka juga tengok karakter orang tua yang samseng tu yang menolong K.Ji Hyuk untuk bangkit semula dan Berjaya.

Pendek kata memang layan drama ni, brilliant gitu, suka tengok karakter Kim Ji Hyuk yang sayangkan orang disekelilingnya. Tak rugi layan drama ni, setiap episod penuh suspen dan buatkan kita tertunggu-tunggu apa yang akan jadi seterusnya?, bagaimanakah nasib K.Ji Hyuk? Adakah die mampu Berjaya dan mengalahkan Kang Dong Suk yang ego dan angkuh itu? Adakah So Mira akan memilih K.Ji Hyuk?
SiNopSis
Kang Dong Suk mengalami kemalangan dan memerlukan penderma hati secepat mungkin. Ibu dan Ayahnya menjadi terdesak untuk mencari hati baru untuk anaknya lalu menggunakan jalan yg salah dengan mengupah org utk mencederakan Kim Ji Hyuk lalu mengambil hatinya secara paksa. Semasa pembedahan Kim Ji Hyuk tiba2 sedar dan pembedahan terpaksa dihentikan. Untuk menutup kesalahan mereka, Ayah K.D.Suk menipu Kim Ji Hyuk yang K.Ji Hyuk adalah anak sulungnya yang hilang. Lalu mereka semua berpura-pura berlakon sebagai keluarga Kim Ji Hyuk dan KJ Hyuk yg na├»f tu benar2 percaya akan pembohongan mereka lalu mula menyayangi mereka. Kang Dong Suk Berjaya mendapat hati yg baru dan mulai sembuh. So Mira merupakan pekerja syarikat Hyung Sung ditugaskan untuk menyediakan keperluan Kim Ji Hyuk termasuk menipu K.J.Hjuk. So Mira berasa sgt bersalah tapi terpaksa mengikut arahan org atasan. Dlm masa yg sama So Mira sememangnya bercinta dgn Kang Dong Suk. Wbgmanapun dirinya mula menyukai sikap KJ.Hyuk yg baik hati itu. 
Kang Dong Suk dan ayahnya mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan K.Ji Hyuk dari hidup mereka. Kang Ji Ah yg merupakan adik K.D.Suk telah lama jatuh hati pada Kim Ji Hyuk dan tidak percaya yg KJH adalah abang sulungnya. Dalam senyap2 K.J.Ah telah membuat ujian DNA ke atas KJH untuk mengetahui kebenaran dan dirinya telah membongkarkan kebenaran yg sebenar pada Kim Ji Hyuk. Kim Ji Hyuk tidak percaya yang dirinya ditipu hidup2 oleh keluarga K.D.Suk sehingga dirinya dimasukkan dlm penjara serta cuba dibunuh oleh mereka. Dia hilang arah namun cuba bangun semula demi membela nasib orang2 disekelilingnya yang tertindas atas tindakan syarikat Hyung Sung yg dimiliki oleh ayah K.D.Suk. Serta membalas dendam atas segalanya.

 Atas bantuan orang2 tertentu, Kim Ji Hyuk mula bangkit dan cuba berusaha memajukan syarikat namun segala tindakannya sentiasa dihalang dengan tipu helah Kang Dong Suk. Bermulalah persaingan antara mereka, Kang Dong Suk mula terpukul dengan kebangkitan dan kejayaan Kim Ji Hyuk dan dirinya akan melakukan apa saja untuk memusnahkan Kim Ji Hyuk.

Watak-Perwatakkan
1~
2~
3~
4~
Baca entry dibawah ni juga yer-

Review Drama Lakonan Kang Ji Hwan Yang Terdahulu

Review Drama Lakonan Jung Soo Min Yang Terdahulu

Review Drama Lakonan Lee Da Hee Yang Terdahulu

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Zuhaira Nasrin berkata...

Kang ji hwan and lee da hee berlakon best ! He

Siti Aisyah berkata...

mcm best je.. nk tgok gak.. huhu

Related Posts with Thumbnails