-->

2 Dis 2015

The Beauty Inside - Korean Movie Review

Assalammualaikum..
Hari tu aku ada tonton Filem Korea yang bertajuk The Beauty Inside (2015) yang bergenre romantik komedi yang diinspirasikan dari American Social Film (2012) yang tajuknya juga sama. Filem atau Movie ni mengisahkan tentang seorang lelaki (Woo Jin) yang bangun setiap pagi dalam tubuh orang lain yang tak dikenalinya. Kadang2 die jadi lelaki muda yang kacak dan kadangkala die jadi lelaki tua, lelaki mat salleh pastu die turut jadi perempuan, kadangkala muda atau tua dan tak kira bangsa, agama mahupun negara. Jadi watak hero filem ini memang dilakonkan oleh ramai pelakon sebab dirinya bertukar setiap kali die tidur. Manakala heroin cite ni adalah Han Hyo Joo, dan kelihatan Han Hyo Joo sangat cantik sekali dalam filem The Beauty Inside ni dengan karakternyer yang lemah lembut, berambut panjang semua, memang lawa gitu. Ramai pelakon popular yang turut berlakon dalam cite ni sebagai watak Woo Jin. Antaranya ialah, Park Shin Hye, Lee Beom Soo, Park Seo Joon, Juri Ueno, Lee Hyun Woo, Lee Jin Wook, Seo Kang Joon, Go Ah Sung, Lee Dong Wook, Yoo Yeon Seok dan ramai lagi.
Part hero cite ni bertukar-tukar tu memang menarik terutamanya bila die jadi lelaki kacak hahaha, paling tak leh blah bile die jadi perempuan lawa cthnya macam Park Shin Hye tu, boleh plak kawan baik Woo Jin tu nak ngorat die haha sedangkan die tahu siapa sebenarnya Woo Jin. Disebabkan Woo Jin tu selalu bertukar rupa jadi die agak susah nak ada kawan, die selalu memencil diri, Walaubagaimanapun die ada sorang kawan baik yang mengetahui rahsianya dan membantunya menguruskan hal2 tertentu untuknya. Nasiblah Woo Jin ni mahir bertukang dan pandai design perabot2 ni so die ada syarikat sendiri so die x perlu pening2 nak gi mintak kerja semua. Antara scene menarik dalam Filem The Beauty Inside ni adalah sewaktu Woo Jin membuka rahsianya pada gadis yang dicintainya iaitu Yi Soo (Han Hyo Joo). Yi Soo memang terkejut giler dan memerlukan masa untuk menerima Woo Jin seadanya. Tapi akhirnya Yi Soo berjaya juga menyesuaikan diri dengan keadaan Woo Jin tu dan menerima dirinya seadanya.
Part Yi Soo sakit n stress tu agak sedih gak n kawan2 Yi Soo pula melabel Yi Soo ni playgirl sebab selalu keluar dengan lelaki yang berlainan sedangkan diorang tak tahu yang kesemua lelaki yang berlainan tu sebenarnya adalah orang yang sama iaitu Woo Jin. Part Woo Jin ajak Yi Soo kahwin pun agak sedih gak sebab camnelaa keluarga Yi Soo nak menerima Woo Jin yang pelbagai rupa, kiranya ada banyak halangan dalam perhubungan mereka ni. Part paling sedih sekali bila Woo Jin ambik keputusan untuk berpisah dengan Yi Soo dan pergi ke luar negara. Pelakon Yoo Yeon Seok menjadi Woo Jin yang paling last dalam filem ini dan Yi Soo pergi ke luar negara dan mencari Woo Jin dan akhirnya mereka berjumpa juga walaupun pada awalnya Woo Jin menyamar seolah-olah tidak mengenali Yi Soo. Jalan cerita movie ni memang menarik dan unik cuma kadangkala jalan ceritanya bergerak terlalu perlahan dan slow.
Walaupun ada ramai pelakon popular yang memegang watak Woo Jin tu tapi kehadiran diorang hanya sekejap jer tu yang macam x puas tu sekejap jer muncul pastu takde dah. Movie ni release di Korea pada Ogos 2015 so masih baru gitu jadi haruslah tengok hehe OST cite ni bagi aku biase2 jer. Apapun tak rugi rasanyer menonton movie ni. Aku bagi 7.7 bintang untuk movie The Beauty Inside ni, Selamat Menonton yer.

4 ulasan:

  1. Makaseh bg idea nak tgok cerita apa .. heeeeee

    BalasPadam
  2. hahahaha, the best part for me was when i saw the word Czech. Tak sangka adegan last2 tu kat Czech. Kelakar jugak bila ada dialog Czech sbb faham jugak sikit.

    Thank you recommend! Best2!

    BalasPadam
  3. cuma wonder macam mana woo jin dapat pergi luar negara. Hehe passport dia gambar sapa. T_T

    BalasPadam
  4. Klu bgtaw adik nie pasti dia teruja.. ahaha

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017