-->

12 Dis 2015

The Village: Achiara's Secret - Sesi Review Drama Korea Terbaru


Assalammualaikum..
Baru-baru ini aku ada menonton drama Korea Terbaru yang bertajuk The Village: Achiara's Secret lakonan Moon Geun Young, Yook Sung Jae, Jang Hee Jin, Joo Wan dan ramai lagi. Drama ni mengantikan drama Yong Pal yang dah habis ditayangkan baru2 ini, dan genre cite ni adalah Thriller dan misteri. Dah lama tak tengok Moon Geun Young yang comel tu berlakon kan, so ni kira drama terbaru lakonannya. Aku memang suka menonton drama The Village: Achiara's Secret ni, sbb sesuai dengan tajuk ceritanya, memang terdapat banyak rahsia dalam drama ni, setiap episod drama ni berakhir dengan suspen dan kita sering tertanya-tanya siapakah pembunuhnya? Apa yang sebenarnya berlaku? dan kita akan syak semua pelakon dalam cite ni sebagai suspek utama hehehe. Tiada scene2 percintaan dalam drama ni sebab ianya lebih memfokuskan tentang misteri kematian Kim Hye Jin. Walaupun di awal2 episod ada menunjukkan watak Sung Jae sbg polis tu macam jealous sikit bila tengok watak Moon Geun Yong sebagai Soo Yoon keluar dengan Ki Hyun tapi setakat tu jela. Perhubungan diorang berdua ni lebih kepada tolong-menolong dalam menyelesaikan kes kematian kakak angkat Soo Yoon iaitu K.Hye Jin.
Selepas selesai kes kematian Hye Jin tu, Soo Yoon akan kembali ke Canada semula so memang xde apa2 hubungan antara watak diorang tu. Aku tertarik gak dengan watak yang dikenali sbg "Agasshi" atau watak yg bernama (Kang Pil Sung) tu yang merupakan pembunuh bersiri dalam cite ni tapi die tak membunuh K.Hye Jin tu, die ni agak peramah juga bila bercakap dengan Soo Yoon, agak susah nak benci watak die ni di peringkat awal sebab die nampak baik, selalu cakap yang benar dan die juga yang membuka sedikit demi sedikit rahsia yang die tahu pada Soo Yoon, tapi pada episod akhir memang akan jadi benci dengan watak die n baru nampak die ni betul2 psiko sebenarnya. Soo Yoon merupakan mangsa yang cuba dibunuhnya tapi tak brjaya, dan agak susah juga nak meneka siapa yang membunuh kakak So Yoon tu sebab semua orang boleh jadi suspek, rasanya mesti ramai yg suspek ibu Kim Hye Jin iaitu Ji Sook yang cuba bunuh anak kandungya tapi tak sebenarnya. Tapi bila masuk episod 12 or 13 penonton mungkin dah boleh meneka siapa yang jadi pembunuh sebenar Kim Hye Jin.
Aku suka tengok pelakon yang pegang watak Kim Hye Jin tu sebab die nampak sangat cantik dalam drama ni, Tak sangka juga Ji Sook tu merupakan ibu kandung K.H.Jin sebab ingatkan die kakak KHJ tu tapi tidak. Sebenarnya Ji Sook ni semasa kanak2 pernah dirogol oleh perogol bersiri dan akhirnya mengandungkan K.Hye Jin, sebab tu die x boleh menerima kehadiran K.H.Jin ni. Awalnya aku ingatkan Ji Sook ni iaitu mak kim hye jin ni seorang yang psiko dan kejam tapi bila dah masuk episod akhir baru tahu yang die ni xlah sekejam yang disangka, die ni masih cuba untuk selamatkan K.H.Jin, kesian juga kat watak die ni. Aku suka OST/background muzik dalam drama The Village: Achiara's Secret ni sebab ianya menambahkan lagi suspen dan debaran bila menonton cite ni. Ending drama ni agak mengejutkan dan sangat sedih sebenarnya terutamanya untuk watak Ji Sook. Cuma ada beberapa persoalan yang tidak terungkai dan tak dijawab di episod akhir cite ni maybe penulis skrip cite ni nak kita berfikir sendiri kot huhuhu.
Antara persoalan yang tidak terjawab adalah kenapa nenek Soo Hyun membunuh diri bila terima surat dari Achiara tu? masa di episod 1, kemudian siapa yang bertanggungjawab membuatkan keluarga Soo Hyun terbunuh dalam kemalangan? dan kenapa Soo Hyun dianggap telah mati tapi sebenarnya die masih hidup?. Aku juga tak puas hati bila suami Ji Sook yang merupakan orang berpengaruh serta ahli politik yang jahat tu tak mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya tapi sebaliknya terlepas? pastu sekutunya tu pun terlepas juga siap palsukan kematian sendiri, jahat betul diorang ni, maybe diorang ni juga yang merancang dan membuatkan keluarga Soo Hyun terbunuh masa Soo Hyun masih kecil tu, apapun benda ni semua kita kena fikir sendirilah kan, Apapun di episod akhir cite The Village: Achiara's Secret ni ni ada tunjuk yang polis akan terus menyiasat kes suami Ji Sook ni. Apapun memang tak bosan menonton drama ni dan kita akan sentiasa tertunggu-tunggu episod yang seterusnya. Aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni.
Sinopsis The Village: Achiara's Secret

Achiara is a quiet, peaceful village with hardly any crime. However, on her first day in the town, English teacher Han So-yoon discovers a buried corpse. As the townspeople speculate on the identity of the dead person and the reason she was killed, rookie policeman Park Woo-jae – who has finally accomplished his dream of becoming a policeman after failing the exam three times – team up with So-yoon to uncover the secrets hidden in the seemingly idyllic town

3 ulasan:

  1. akan tengok cerita ni sbb misteri :)
    nak habiskan dulu tgk She Was Pretty+Sassy Go Go+D-Day :D

    BalasPadam
  2. Woah I thought it was a japanese drama but it's not ! Are this adaptations from japanese drama ? Or maybe it just a title that use almost like japanese character ? haha I'm confuse and It looks unique too !! . I hope they're already uploaded at kissasian websites :D . Gonna check them out . Thank you Miss Banu :)

    - Syamsid Blog -

    .

    BalasPadam
  3. saya dah tgk sampai ep 11 rasenye..tak sambung lg tgk habis..hehe

    rekod remmeber plak..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017