-->

4 Dis 2015

Episod Akhir Drama Tuan Anas Mikael

Assalammualaikum..
Tamat sudah Drama Tuan Anas Mikael ni lakonan Aaron Aziz, Zara Zya, Raja Ilya dan ramai lagi. Nampaknya drama ni mempunyai ramai peminat dan sentiasa trending di media sosial seperti Twitter. Berbalik pada episod Akhir Tuan Anas Mikael ni, ramai yang tertanya-tanya siapakah Miss K yang pakai cincin besar tu rupa-rupanya Miss K tu Raja Azura (Kak Engku) cuma ramai yang tertanya-tanya apa kaitan Miss K tu dengan Tuan Anas atau Ayu Maisara sebab dalam episod akhir cite ni ianya tak diterangkan dengan lebih jelas, maybe yang dah baca Novel tahu laa kot kann. Apapun cite ni berakhir dengan Happy Ending gitu.
Dato Azhar yang tamak harta tu akhirnya ditangkap polis setelah menculik Ayu dan ibunya serta nenda Ayu tu. Teringin gak nak tengok watak Safra tu jadi apa kan, sebab diorang tak tunjuk langsung apa yang jadi dengan Safra tu, cuma Ayu dan Kay ada sebut apa yang jadi dengan Safra, tu jerlaa. Dengar cite kemungkinan akan ada edisi khas raya Tuan Anas Mikael nanti. Apapun tunggu jerlaa, lepas ni akan ada cite baru yang akan menggantikan drama ni iaitu drama Tersuka Tanpa Sengaja yang juga adaptasi daripada novel.

Jom Baca ni jugak --> Apa Yang Best Kat India tu?..

4 ulasan:

  1. saya pun tengok drama ini,semalam :-)

    BalasPadam
  2. habis dahhh..tak sempat nak tgk pun..huhu..cari novel lah :)

    BalasPadam
  3. Ermmm akak x baca pun novelnya....
    Apa kaitan Raja Azura tu ye MIss Banu? hihihihi...
    nak tahu nak tahu...hihihi ;-)

    BalasPadam
  4. kalau ikot novel . xde pon watak misteri tue . pelik nau rasa .

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017