3 Dis 2015

Sinopsis Drama Aku Pilih Kamu Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Aku Pilih Kamu merupakan drama terbaru di Slot Samarinda Tv3 menggantikan drama Dhia Sofea yang telah tamat episodnya. Drama Aku Pilih Kamu ni mempunyai 15 episod dan dilakonkan oleh Dayana Roza sebagai Qasya Azara, Hafidz Roshdi sebagai Rizman, Fazren Rafi, Arash Mohd, Siti Elizad, Ryzal Jaafar, Sasqia Dahuri dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Zul huzaimy dan merupakan terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd. Drama Aku Pilih Kamu kemungkinan akan mula disiarkan pada 9 Disember nanti. Apapun jom layannn Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Aku Pilih Kamu

Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka. Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.

Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari. Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya. Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.

Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan RizmanQasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.


Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya? 

Lagu Tema / OST Aku Pilih Kamu

- Kasih Dalam Hati - Ippo Hafiz


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

19 ulasan:

Sarah Amran berkata...

dramatik sungguh sinopsis dia ni T.T

ros nordin berkata...

wah..jln citer menarik juga walaupun kebiasaannya sama mcm drama2 sebelum ni.. tapi mungkin lain pelakon lain kesannya .hihihi

CikLa Shahril berkata...

Mcm best je cerita ni....

Tanpa Nama berkata...

Masukkan ulasan anda...saya suka dengan cerita INI

shahnuha ahmad berkata...

Woo woo woo!! Sedih nye sinopsisnye!!
Ala! Bermadu! Tk best!😣😣 but cite ni mmg best!

A_Nadya berkata...

Nadiya pon jahat jugak ke ?

Tanpa Nama berkata...

Bukanke watak nadiya tu baik?? Apasal bermadu?? Sian qasha.

Tanpa Nama berkata...

drama yang romantik dan penuh pengajaran

Sarah Latif berkata...

Nak cite penuhhhh.hihi

tuan dik berkata...

Best sebab hero dan heroin nya pandai berlakon

Tanpa Nama berkata...

Episod seterusnya nadiya akan jahat ke. Apapapun saya suka jalan cerita ni. Best!!!

Ceroyeen Yeen berkata...

Saya benci lah klau nadiya tu jahat. Byk sangat watak jahat dlm cita nie.

Tanpa Nama berkata...

Cerita byk sgt watak jahat.

Tanpa Nama berkata...

X tahan tgk kejahatan farouk isabel dan mak mentua dia..

siti@wan berkata...

@Tanpa Nama

Tanpa Nama berkata...

tak puas tgk drama nie.jalan cerita memang menarik ditambh dgn kekuatan lgu OST.qshadgn riz 2 tak digarap sepenuhnya perasaan suka antara satu sama lain.walau apapun syabas kpd pengarah drama nie.terbaik.

Unknown berkata...

Sangat best.smpai menyentuh jiwa.

Tanpa Nama berkata...

syag episod singkat.kalau drama nie slot akasia gerenti meletup

reynold clio berkata...

Sebelum ni tak pernah lagi layan drama melayu sampai habis pasal tak minat yang tak habis habis plot yang sama,berlakon keras macam batu.Tapi drama ni memang drama melayu paling best sekali walaupun dia punya plot sama macam drama lain tapi cara dia lain sikit.Lakonan memang mantap,ost pun mantap pastu nilah satu satunya drama melayu yang skill cinematogaphy dia mantap yang drama lain ala kadar je

Related Posts with Thumbnails