-->

9 Jul 2017

Review Filem Dangal (Bollywood Movie)

Dangal, Filem, Movie, Hindustan, Bollywood, Hindi, Sinopsis, Wrestling, Tinju, Mahavir Singh Phogat, Geeta Phogat, Babita Kumari, Sukan Komanwel, India, Kisah Benar, Pelakon, Aamir Khan, Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh, Zaira Wasim, Sanya Malhotra, Suhani Bhatnagar, Aparshakti Khurana, Girish Kulkarni, Sukan, Biografi,
Review Filem Dangal (Bollywood Movie)

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang dah menonton filem Bollywood yang bertajuk Dangal lakonan Aamir Khan ini. Memang ramai yang memuji filem Dangal dengan jalan ceritanya yang menarik dan menyentuh hati. Filem ini release pada 23 Disember 2016 dan berdasarkan kisah benar tentang Mahavir Singh Phogat yang mengajar anak perempuannya iaitu Geeta Phogat dan Babita Kumari tentang sukan wrestling yang sememangnya dikuasai oleh kaum lelaki. Malah hasil didikan Mahavir ini akhirnya membuahkan hasil apabila anak perempuannya itu berjaya mendapat pingat Emas dan Perak dalam Sukan Komanwel sekaligus menjadi inspirasi kepada orang lain. Filem Dangal ini diarahkan oleh Nitesh Tiwari dan dilakonkan oleh Aamir Khan, Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh, Zaira Wasim, Sanya Malhotra, Suhani Bhatnagar, Aparshakti Khurana, Girish Kulkarni dan ramai lagi. Filem Dangal ini juga merupakan filem pertama bukan Hollywood yang Box Office di Negara China. Lepas tengok filem ini barulah aku tahu sikit - sikit pasal sukan Wrestling ini hehehe, apa pun lakonan semua pelakon dalam filem ini memang terbaik.
Dangal, Filem, Movie, Hindustan, Bollywood, Hindi, Sinopsis, Wrestling, Tinju, Mahavir Singh Phogat, Geeta Phogat, Babita Kumari, Sukan Komanwel, India, Kisah Benar, Pelakon, Aamir Khan, Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh, Zaira Wasim, Sanya Malhotra, Suhani Bhatnagar, Aparshakti Khurana, Girish Kulkarni, Sukan, Biografi,
Permulaan cerita filem ini saja dah best, yang mana Mahavir memang teringin sangat nak anak lelaki untuk mengikut jejak langkahnya seterusnya dapat mewakili India dalam sukan wrestling itu. Walaubagaimanapun, semua anak Mahavir adalah perempuan dan menyebabkan Mahavir tidak dapat menunaikan impiannya itu. Suatu hari 2 anak perempuan Mahavir telah memukul budak lelaki dengan agak teruk juga dan membuatkan Mahavir terpikir yang anak perempuannya itu berkemungkinan dapat menunaikan impiannya, seterusnya dia mula melatih kedua - dua anak perempuannya itu. Aku suka scene ketika Mahavir mula melatih anak perempuannya itu dengan latihan yang keras menyebabkan Geeta dan Babita mula memberontak dan merasakan ayah mereka sengaja nak mendera mereka. Tapi nasib baiklah mereka berdua akhirnya sedar akan niat dan tujuan ayah mereka berbuat demikian. Scene ketika Geeta memasuki pertandingan wrestling yang disertai oleh lelaki saja memang sangat giler hahaha. Seterusnya watak coach atau jurulatih pasukan kebangsaan itu juga memang sangat annoying dan dibenci penonton.
Dangal, Filem, Movie, Hindustan, Bollywood, Hindi, Sinopsis, Wrestling, Tinju, Mahavir Singh Phogat, Geeta Phogat, Babita Kumari, Sukan Komanwel, India, Kisah Benar, Pelakon, Aamir Khan, Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh, Zaira Wasim, Sanya Malhotra, Suhani Bhatnagar, Aparshakti Khurana, Girish Kulkarni, Sukan, Biografi,
Seterusnya scene ketika Geeta mula lupa diri dan memandang rendah pada cara latihan yang diajar oleh bapanya selama ini juga sedih. Akibatnya selepas itu Geeta mula tewas dalam setiap perlawanannya. Walaubagaimanapun nasib baiklah Geeta sedar akan kesilapannya selama ini dan kembali berbaik dengan ayahnya. Jadi kesimpulannya, filem ini memang best, penuh pengajaran dan berbaloi menontonnya. Aku bagi 8.8 Bintang dari 10 Bintang untuk Bollywood Movie Dangal ini.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,

8 ulasan:

  1. Lakonan Amir Khan memang x pernah mengecewakan 😁👍

    BalasPadam
  2. Filem ni jadi assignment saya masa kat matrik dulu. Best gila tengok satu kelas pastu bila part sedih, semua senyap sebab tahan nangis haha nasib tengok dalam gelap :')

    BalasPadam
  3. macam best jak..tak pernah lagi tengok dangal ni..

    BalasPadam
  4. Pelakon best Dan jalan cerita Pula berdasarkan kisah sebenar. Mmg patut ditonton

    BalasPadam
  5. Best cerita nie...lagipun kisah benar

    BalasPadam
  6. eeheh ni dlu hero pujaan zaman kanak2 ni ngeh2..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017