-->
Memaparkan catatan dengan label MahaRaja Lawak MeGa 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MahaRaja Lawak MeGa 2012. Papar semua catatan

8 Jan 2014

Video-Video Sekitar Fan Meeting Lee Kwang Soo (Running Man) Di Malaysia 2014



Disebabkan ada yang tanya pasal video LKS masa fanmeeting tu, so aku letakkan bbrp video yg aku jumpa ke dlm blog ini..credit untuk semua owner video tersebut..masa tengok video tu jangan terkejut lak sebab penuh dgn jeritan fanss hehehe enjoyy..

Lee Kwang Soo menyanyi lagu DBSK's yg bertajuk Hug


Opening Talk, Sweet bila Kwang Soo sebut perkataan anda comel hehe



Game Session With Fans- Game Tough, Gyiyomi, Catwalk and Romantic, x leh blah masa game gyiyomi tu, part paling best masa LKS jadi malu-malu tu.


Sesi Soal Jawab bersama Lee Kwang Soo
Suke part masa Kwang Soo secara x sengaja tercakap Korea dengan Hos Baki Zainal tu..dah la Hos tu orang melayu hehe sweet, Kwang Soo pun tergelakk besar. Tapi LKS ada ckp yg hos tu sgt friendly n buatkan die selesa n terus x sgaja ckp korea dgn die. Suka gak part bila LKS ckp i love Malaysia..

Lee Kwang Soo menyanyi sambil main piano


Gambar masa die tengah malu2 hehehe

Inilah video yang Malaysian Fans buat utk LKS sampai LKS sebak n nangis tengok video di bawah ini.

Gambar2 diatas credit to http://www.tianchad.com/
Artikel credit to Harian Metro.. Murai.com.my..
Video credit to semua owner video berkenaan..

Gambar kat bawah ni plak adalah gambar masa HaHa (Running Man) dan Skull datang ke Malaysia untuk buat Showcase pada Hujung Disember 2013 yang lalu.


credit to Astro Gempak.. dan minggu ni Gary pula yg datang ke Malaysia hehe.
Read More »

1 Dis 2013

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2013

Assalammualaikum
Semalam telah berlangsungnya Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang dihoskan oleh Faizal Ismail, Awal Ashaari & Nad Zainal. Aku sempat tengok dari pukul 9-10 mlm pas pukul 10 mlm tu aku tgk MLM2013 pula hehe so aku x sempat tengok ASK2013 ni sampai habis. Kelihatan Nora Danish juga muncul dan menjadi penyampai anugerah di ASK tu. Terpikir gak Nora ni x dtg kot kat MLM sebab die salah seorang juri tup tup masa MLM start Nora Danish ada. Sempat Nora berkejar dari ASK ke MLM2013, mesti kelam kabut nora masa tu. Pembukaan ASK ni dimulakan dengan babak dari filem KL Gangster dan Adi Putra turut kelihatan disitu kemudian diselang selikan dengan nyanyian Hazama menerusi lagu Simetri. Gandingan Awal, Faizal dan Nad boleh tahan juga.
Jom tengok Senarai Pemenang ASK2013 ini.

1. Anugerah Rancangan Hiburan Terbaik -> Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).
2. Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik -> Salam Muslim (Astro Oasis)
3. Laporan Khas Berita Terbaik -> Buletin Utama- Kanta K-Pop TV3
4. Lakon Drama TV Terbaik -> Mazlan Manan (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
5. Lakon Layar Terbaik -> Nik Amir Mustapha (KIL)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama -> Izreen Azminda- Perempuan Itu Ibuku
7. Videografi Terbaik -> Mohd Faizal bin Mohd Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)

8. Rancangan Realiti Terbaik -> Maharaja Lawak MeGa 2012
9. Bual Bicara Terbaik-> Bella NTV7
10. Rancangan Muzikal Terbaik -> Anugerah Juara Lagu 27
11. Drama Komedi Terbaik-> Mentua vs Mentua
12. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem -> Khir Rahman (Rock  Oo)
13. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem -> Miera Liyana (Pecah) 
14. Lakon Layar Terbaik -> Nik Amir Mustapha (KiL)
15. Artis Harapan Pantene- Shasha Al Khred
16. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama -> Hasnul Rahmat (Tunggu Sekejap)
17. Pelakon Wanita Terbaik Filem -> Christina Suzanne (Kil)
18. Pelakon Lelaki Terbaik Drama -> Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Filem -> Shaheizy Sam
20. Pelakon Wanita Terbaik Drama -> Umie Aida (Aku Bukan Malaikat) 
21. Filem Terbaik -> KIL
22. Pengarah Terbaik Drama -> Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)
23. Anugerah Khas Anugerah Skrin -> Sebenarnya Saya Isteri Dia
24. Drama Rantaian Terbaik -> Surat Dari Langit Biru
25. Drama Terbaik -> Mawar Putih Tanda Perpisahan.
Read More »

8 Apr 2013

KeJutaN JOZAN & ShaHeiZy SaM Di ABPBH 2012

Assalammualaikum..
Sape tengok ABPBH Semalam??best ke tak ABPBH semalam??pada pendapat aku kalau nak banding dengan ABPBH yg tahun 2011 punye edisi kali ni lebih baik sikit laa..sebab apa jeng3x semestinya sebab ada JOZAN..Pihak ABPBH membuat kejutan yang rupanya JoHaN juga Hos ABPBH tapi sengaja dirahsiakan pada semua..awalnya hanya nama Zizan dan Fafau diumumkan sbg pengacara..haha mmg kejutan betul..awal2 pagi semalam dah kecoh bila ada ramai yg menonton video reheasal ABPBH ternampak kelibat JoHan bersama Zizan di pentas ABPBH..sedangkan nama Johan xde dalam senarai artis yg buat persembahan maka semua pun mula buat spekulasi dan tertanya-tanya adakah Johan akan  perform ke dgn Zizan? Johan jadi Hos gak ke dgn Zizan??..itulah persoalan yg berlegar-legar di minda semua org sebelum ABPBH bermula semalam..dan akhirnya persoalan terjawab JOZAN in the house Uolls...dan seperti dijangka JOZAN menang kategori online ABPBH iaitu Gandingan Di Layar Serasi..
Kejutan pertama di ABPBH bila diorang mengandingkan JOZAN di pentas ABPBH first time JOZAN digandingkan dalam satu acara yg besar mcm ABPBH ni..Cuma satu je yg kurang..JOZAN terpaksa bergilir-gilir ambik turn untuk mgacara dgn Farah Fauzana..kenapa tak keluar bertiga sekaligus..lagi peminat suka..tpi diorang buat Johan ngan Fafau dulu kemudian Zizan dgn Fafau..dekat2 nak habis baru muncul bertiga..adehh mcm rugi jer..rasanya kalau muncul bertiga lagi gamat stage tu lagi meriah kan...tapi xpelaa janji JOZAN ada dh cukup..Sweet tengok JOZAN jadi Bodyguard Fafau masa Fafau gi amik award kedua die tu hahaha kecoh betul..Kejutan seterusnya kemenangan yang x dijangka..Datuk Aznil Hj Nawawi berjaya merampas kembali award Pengacara Tv Lelaki Popular dari Zizan..dan Faizal Ismail berjaya mengekalkan penguasaan die terhadap kategori Penyampai Radio Lelaki Popular..adehh aku ingat JoHaN akan menang..takpelah xde rezeki tahun ni..tahun depan siapa tahu kan..ada rezeki lebih..

Kejutan seterusnya JOZAN bukan setakat jadi Hos diorang juga perform secara berduet gitu lagu Aku Maafkan Kamu..mmg terbaik2 suka tengok JoHan dan Zizan dok kacau2 RJ dgn Black tu haha terus Black x leh nak nyanyi sbb nak tergelak hehe. Parody lagu Sayang by JoHaN tu mmg meletup haha..masa reheasal Zizan sendiri dah ketawa x hengat tengok gelagat JoHan x leh blah part rambut tu hehehe..Nabila Huda juga menang baguslah die mmg layak menang atas lakonan die yang sentiasa mantap..dan Bintang Paling Popular 2012 jatuh pada Shaheizy Sam..Tahniah pada Shaheizy Sam..
Memang nama Sam disebut-sebut untuk menang..tapi jangkaan aku lebih kepada ZizaN atau Aaron Aziz yg akan menang..tapi dah rezeki SAM menang untuk kali kedua di ABPBH..dah la sebelum ni menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ni menang yg Bintang Paling Popular pula..memang murah rezeki Shaheizy Sam ni..tahniah2..memang mantap laa Fan Club Shaheizy Sam ni tahniah gak untuk diorang bukan senang nak bagi artis kesayangan diorang menang..macam2 benda kena buat..berkempen sana sini..beli paper byk2..dan SAM pun nampak menghargai peminat die..tahun depan rezeki siapa pula hehehe..

P/s- x sangka Neelofa masuk dalam top 5 artis paling banyak undian untuk kategori Bintang Paling Popular..selain Sam, Aaron, Zizan & Adi..
Read More »

16 Feb 2013

JOZAN HOS RAJA LAWAK MUSIM KE-7

Assalammualaikum..
tak lama lagi Raja Lawak musim ke-7 akan kembali menemui penonton..
Mulai bulan ini Ujibakat Raja Lawak akan dijalankan di seluruh Malaysia termasuk juga dengan Singapura..
Raja Lawak Musim ke-7 juga berbeza dengan musim sebelum ini kerana sudah tiada Chif Besar & Chif Kecik x tahu laa apa pembaharuan untuk musim ke-7 ni..tapi apa yang pasti JOZAN Masih kekal jadi pengacara Raja Lawak untuk musim ke-7 yeayyyy hehehe..
Lagipun kebanyakan org yg tgk Raja Lawak tu sebenarnya nk tgk JOZAN jer pun hehe bukan nk tgk peserta sangat pun haha...hope Juri untuk Raja Lawak 7 biarlah yg berpengalaman jgn ambik yg mgarut-ngarut yg bagi komen ntah apa2 haha..
so nantikan Raja Lawak musim ke-7 =) 

P/s-Selamat Tahun Baru Cina 
Read More »

3 Feb 2013

ReVieW FiNaL MaHaRaJa LaWak MeGa 2012

Assalammualaikum..
kepada semua pembaca blog ini..
sorry agak lambat buat review final hehehe n sorry gak sbb minggu ni mmg semua entry berkaitan MLM dan juga JOZAN haha sorry ye pada yg x berapa suka tu..Rasanya 1 Malaysia/Singapore/Brunei dah tahu sape yg menang MLM2012 kan..hahaha..jadi x yah cite panjang jom tengok review lak.
~JOZAN (JuaRa)
Rasanya dalam entry sebelum ini aku dh mengulas panjang lebar mengenai kemenangan JOZAN..So korang boleh rujuk SINI dan SINI untuk baca yer..apapun bagi aku, sejujurnya aku memang gembira dengan kemenangan JOZAN..diorang mmg layak menang..Sketsa pertama, Johan jadi Awie dan Zizan jadi UAI..rasanya semua tahu yg JOZAN mmg pakar dalam meniru gaya2 orang/artis ni, tagline program diorang masa ni "Nampak Sama tapi Bukan Dia" "Tunggu, Ini semua Poyo" hehe. Nama JOZAN mmg trending di Twitter, tagline Ini Semua Poyo pun trending di twitter juga..penangan JOZAN..Sketsa kedua Johan jadi deejay radio dan Zizan jadi pendengar radio hehe. Best plak dgr Johan nyanyi lagu Kosong versi Tamil dgn lagu Hati Kama versi Chinese hehe..x leh blah part Microfon tuh haha sekejap bagi mic sekejap ambik balik haha..pastu part Sambung lagu tu pon best haha "Andaiku Bercinta Lagi dua minit lgi 3 minit lagi" n pastu ada part zizan kiss johan tuh hahah sweet jer..ada yg tnya reaksi Zizan kan aku ada tgk kt twitter die bila ada org tnya part kiss tu die gelak jer pastu ckp malulaaa haha malu2 kucing plak die haha kalau tgk Yus pun ade kiss dahi tauke masa final hari tu haha.
JAMBU (Naib JuaRa)
First sketsa Jambu agak simple x byk props pun n diorang just berdiri dan cakap sikit2 pon orang dah gelak..diorang beri ucapan kat mic pastu ada gaduh sikit2 bila dua2 berebut nk bercakap n yus selalu potong masa tauke nk bercakap hahaha..siap masuk teh ais sedap dan mcm2 lgi hehe..Sketsa kedua Jambu mainkan watak ayah dan anak perempuannya...sorang Ayah yg sedang risau apabila anak perempuannya x balik2 lagi..Tauke jadi perempuan dgn rambut colour pink lagi baju die lgi x leh blah haha..pemilihan lagu diorang pon best2 juga..tauke nyanyi "Ayah Maafkan Zila" hehe pastu masa last Yus kiss dahi tauke haha..semua main kiss2 masa final2 ni muahaaha..pendapat aku persembahan JamBu okey masa final cuma minggu2 sebelum ni persembahan diorang lagi best dari yg final..pendapat aku laa kan..

SHIRO
Sketsa pertama Shiro diorang macam recycle watak ala2 Nasir Bilal Khan tuh manakala Ajak Shiro jadi peragut..diorang ada gunakan patung untuk dijadikan mangsa ragut haha,part diorang dgn patung tuh nk tergelak laa jugak hahaha..sketsa kedua diorang jadi suami isteri fuhh shahrol rapp tuh haha..menjadi rapp die.nyanyian die pun okey x mcm dulu hehe..Ajak siap mengandung lgi.diorang jadi sweet2 gitu.merajuk laa dipujuk lah pemilihan lagu pun not bad..pastu dua2 siap menari zapin lagi..terror menari zapin tuh..mesti org johor suka hehe..aku pun suka tgk diorang menari tu..
BOBOI
Boboi mmg all out in final..kreatif gitu..sketsa pertama diorang buat ala2 Opera Cina pasal apa yg terjadi pada kakak dan adik puteri hang li po setelah hang li po ke Melaka..haha kreatif diorang ni..costume semua lengkap tu hehe unik dan kreatif gitu..Sketsa kedua diorang pasal yuna yg sdang buat ujibakat untuk cari penyanyi pengganti untuk lagunya di AJL nanti hehhe maka kump BOBOI pun brtukar watak jadi artis hehe Nabil jadi Ning Baizura, Bandi Amuk mmg lawak tgk nabil masa ni especially masa die jadi Ning, Harun S.Bachik jadi Ella dan ape ntah x ingat dh..Afdlin jadi Hafiz dgn Zainal Abidin hehehe..mmg mnghiburkan..diorang letak patung yg kononnya jadi yuna haha..Boboi best..

SAYWHO
Persembahan Saywho masa final okey cuma mungkin belum cukup gah kalau nk banding dgn kump lain..apapun diorang mmg layak berada di final atas usaha diorang buat kajian mendalam ttg apa yg disukai oleh Masy Malaysia..Sketsa pertama ttg Dr Romzey yg sedang memeriksa pesakitnya..dan pesakitnya adalah Dora dan Leonardo..nampaknya diorang mengulang watak Dora dan Leonardo untuk kali ke-3 tpi dlm situasi yg berbeza mcm kisah sambungan gitu hehe, sketsa kedua musical comedy aku rase jalan cerita diorang mcm longgar sikit tp lagu2 yg dipilih best juga..siap ada gambar awie lgi haha.yg x leh blah bila yg kecik tuh apa ntah namanya mnyanyi lagu Pantun Budi yg ditukar liriknya siap menari lagi haha nice suprise muahaha..

Akhirnya settle review final MLM2012..Terlewat seminggu lak tu hehehe...
Read More »

23 Jan 2013

WoRdLess WedNesDay-JOZAN Dulu dan SekaRaNg

Assalammualaikum..
Jom Imbas kembali semua pertandingan yang JOZAN sertai sebelum akhirnya bergelar Juara bersama-sama atas Nama JOZAN..
Tahun 2007~Raja Lawak musim 1~JoHaN & Zizan Tempat ke-2 & ke 3
2011~MaHaRaJa LaWak~Naib Juara Maharaja Lawak
sedih plak ingat masa ni..ohh tidak..

2012~Super Spontan~Bertanding sesama sendiri ZizaN & JoHaN~Juara & Naib Juara Super Spontan

2012/2013 ~ akhirnya merangkul kejayaan bersama-sama atas nama JOZAN sebagai JuaRa dalam MahaRaja LaWak MeGa 2012.

JOZAN bermula dari bawah dan kini di puncak kegemilangan =)
Read More »

CoRat-CoRet JOZAN daLam FiNaL MaHaRaJa LaWak MeGa 2012

Assalammualaikum..
hari ni saja nak share pasal JOZAN lagi hehe..minggu ni mmg cite pasal diorang kat akhbar dan kat mana2 je hehehe nk baca mengenai artikel2 akhbar mengenai diorang leh la singgah blog JOZAN FC ye..dlm blog aku ni lak aku nk share 1 video yg aku jumpa di Youtube yg dirakam secara live di JB oleh peminat Jozan..Video ni ttg situasi yang berlaku ketika pengumuman pemenang2 hadiah untuk MLM2012..kalau tengok kt tv punya x lengkap sbb die x tunjuk betul2 apa yg berlaku atas pentas sebab dok sibuk fokus kat penonton kan..so mmg harus tgk video ni.clear pun clear cuma abaikan sikit bunyi jeritan dan sorakan diorang untuk JOZAN hahaha..kuat gak diorang jerit hahaha...


Ni plak video JoZan dari Gala TV(Astro Awani) Sweet je tgk JOZAN ditemuramah sama2..Johan duduk atas kerusi roda masa ni..jadi Zizan pun melutut disebelah..sweet je hehe..JamBu pon ade gak dalam video ni.


last sekali jeng2 GiF (Gambar BergeRak) JOZAN part Kiss..Credit to Nur Hazwani Ghazali.
"MEMELUK seseorang kepada saudaranya yang lain di samping menCIUMnya adalah dikira sebagai salah satu amalan daripada sunnah nabi s.a.w yang mulia. Padanya terkait sifat kasih sayang, menguatkan lagi kemesraan dan pertemuan, yang diakui sebagai sebaik-baik cara dan sikap kesantunan serta penghormatan diri. Dengan cara ini, lenyaplah perasaan sifat dengki, mengeratkan lagi ukhwah sesama Islam, menambahkan pahala dan sempurna Qudwah Hasanah terhadap nabi s.a.w dan sahabatnya r.a."
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8292.0


Kemudian di JohaRa Pagi Era-Ray dan Haniff ada menelefon JoHan pada isnin lalu,sempat gak diorang bertanyakan JoHan tentang gambar Zizan kiss pipi JoHan yg tersebar meluas di Twitter dan FB hahaha klik SINI untuk dengar apa komen JoHan..lawak jer..Antara yg JoHan ckp "Aku suruh die Cium tangan die Cium Pipi Aku suruh die Cium Pehaa Nak cium kaki" haha lawak jer..n ada lagi yg die ckp klik je untuk dengan lebih lanjut..

P/s- Review Final MLM2012 x buat lgi...haha

Read More »

JoZaN JuaRa MaHaRaJa LaWaK MeGa 2012

Assalammualaikum..
Alhamdulilah berkat sokongan dan undian peminat JOZAN akhirnya bergelar Juara MahaRaja Lawak Mega 2012..ini adalah kejayaan terbesar atas nama JOZAN..Para peminat JOZAN semestinya happy tak terkira hehehe..Kehadiran JoHaN di pentas final memberikan impak sekaligus membuatkan JOZAN menjadi lengkap diatas pentas dan secara x langsung menggembirakan seluruh penyokong JOZAN..
Bagi aku JOZAN layak bergelar Juara lagipun keputusan pemenang bukanlah ditentukan berdasarkan undian sms semata-mata sebaliknya markah daripada juri juga..undian sms hanya membawa kepada kpd 30% sahaja juri 70 % dan untuk Maharaja Lawak Mega 2012 ni JOZAN menghadapi banyak dugaan dengan Johan Operation Zizan terpaksa perform Solo..nasiblah semangat Zizan tu kuat die perform juga walaupun solo ikutkan die boleh kalau nak tarik diri..dan Ketika di final semua peminat mengharapkan JoHan kembali..ternyata JoHan tidak menghampakan para peminat dengan beraksi juga walaupun dirinya masih tidak berapa sihat..ikutkan untuk tahun 2012 masa Super Spontan dulu Zizan yg masuk hospital ni masa MLM2012 Johan plak masuk hospital..dua2 akan merasa benda yg sama itulah JOZAN.. =) 
Ikutkan Masa Raja Lawak musim pertama lagi Zizan hanya mampu berpuas hati ditempat kedua manakala Johan ditempat ketiga..bergabung sebagai JOZAN dalam Maharaja Lawak 2011 pun hanya dapat jadi Naib Juara..Namun mereka tak berputus asa untuk kembali semula dalam Maharaja Lawak Mega 2012 dan mengalami pelbagai cabaran dan dugaan sbelum diakhirnya kejayaan menanti mereka..inilah kejayaan terbesar JOZAN..
Ketika persembahan pertama diorang aku mmg dah agak JOHAN pasti akan muncul dan betul tekaan aku hehehe masa lampu digelapkan tu yeayyyy Cakkkk JoHan is Back lihat sajalah sorakan dan jeritan penyokong yg happy giler tgk Johan aku yg terharu hehehe..dgr cite kaki die bengkak..tpi still demi peminat die datang n siap menari sikit2 hehehe..mmg best tgk JOZAN together..rindu oo pasni mesti susah nk tgk gandingan JOZAN hope byklaa event or program tv  yg gandingkan diorang..selain dari Raja Lawak..untuk segmen pertama tu mmg sweet jer tgk Johan tarik kerusi Zizan pastu die duduk hehehe pastu ada part spontan yg zizan ckp "kalau berani sangat cer sepak cer sepak cer sepak" hahaha comel Johan sepak gak tapi kaki yg sebelah lagi hahaha..comel dua2 ni.. pastu masa last Zizan tersalah cakap nama program die n die ambik nama program johan lak hahaha..yg tu pun comel..
Persembahan kedua musical comedy haha mmg best part johan nyanyi dlm bahasa tamil dan cina tu, yang x boleh blah microfon buat hal..adehh selalu gitu tau masa Maharaja Lawak 2011 dulu kes sama gak microfon buat hal x silap aku time tu microfon Zizan yg buat hal..kali ni untuk Maharaja Lawak Mega 2012 Microfon Johan yang buat hal..hahaha dua2 mesti akan alami benda yg sama hehe..bila Microfon buat hal tuh mmg nmpk gak laa JoZan x selesa n x suka..yg nk tergelak tu pasal org tu bagi microfon kt johan tak lama pastu die datang balik ambik microfon tuh hahaha..Johan sampai heran jadinyer kemudian last2 Zizan bagi Microfon die..nasiblaa lepas tuh dh xde apa2 problem dah..part yg last tu masa time AC mizal baca undian tuh hahaha jeng jeng jeng jeng Zizan kiss Johan hahaha..memang mengejutkan tapi semua JOZANNERZ sangat3x suka sweet kott..giler x sweet..dah lama x tgk JOZAN yg Sweet ni..ingat lagi masa JOZAN perform kat konsert MegaLawak di Singapore tu time diorang jadi Izzah ngan Harris..JoHaN mintak kiss dari Zizan hahah tapi Zizan x nak kiss seboleh mungkin cari alasan haha..semalam akhirnya jeng4x sila tgk gmbr dibawah credit to Umairah Jozannerz.
sweet tak..hahha sahabat sejati..sweet giler..epik giler..kalau ada yg geli2 tuh janganlah ingat pape ye JOZAN tuh dh mcm adik ngan abang dah..diorang mmg sweet..Johan pun boleh sweet2 dgn Zizan jer dengan org lain die mmg x boleh nk sweet terus jadi garang.hehe..JOZANNERZ mmg suka kalau diorang sentiasa sweet2..
Sayangnyer JOZAN masa nyanyi lagu Sahabat Selamanya tu diorang duduk jauh2..patutnya Zizan datang jap kt Johan ker kan..hahaha barulah lg sweet..
kemudian tibalah masa pgumuman juara..ooo suspen oo...Zizan tukar tempat dengan yus plak time ni..adeh..xde adegan sweet hehe..jadi johan sebelah Yus dan Zizan sebelah Tauke..maybe diorang tukar tempat tu atas semangat setiakawan gitu maklumlah semuanya lahir dari Raja Lawak musim pertama kan. Yus dengan JoHan senyum2 jer sambil bisik2 gitu comel2 manakala Zizan ngan Tauke nampak serius dan diam jer smbil tggu pgumuman..dua situasi berbeza dpt dilihat masa ni..

Setelah AC umukan JOZAN juara aku kt umah dah menjerit dah yesssszzz JoZan mng!!! haha selepas tuh dpt dilihat yg JoHan sujud syukur manakala Zizan pon dh terduduk sambil menangis..nmpk laa diorang JOZAN berpeluk sekali sebelum sama2 gi ambik hadiah..

Credit pada semua owner gambar2 diatas..sorry x sebut nama sbb x ingat save byk sgt sampai x ingat sape owner gmbr..aku amik gmbr2 diatas kat page JOZAN di FB Thanks semua..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017