Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata syarat wajib lulus itu seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat mendapat SPM. Sambil menjelaskan keputusan Kementerian Pelajaran itu selaras pandangan sebahagian besar perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010, beliau berkata, Sejarah ketika ini mata pelajaran teras pada peringkat sekolah menengah yang wajib diambil semua pelajar tetapi tidak wajib lulus.
“Kita kena beri masa sedikit bagi mengelakkan terkejut. Tempoh diperlukan untuk kita melatih guru dan menyediakan pelajar menghadapi sistem baru ini,” katanya ketika menggulung perbahasan, semalam.
Dalam konteks sama, Muhyiddin berkata, Sejarah dijadikan mata pelajaran teras mengikut KSSR mulai 2014, berbanding elemennya diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini.
Katanya, KSSR dilaksanakan dari Tahun Satu mulai tahun depan, diikuti Tahun Dua dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada 2016.
“Kurikulum baru ini adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
KSSR akan memberi penekanan kepada pendekatan secara hands-on learning, di samping keupayaan berbahasa, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai jenis pembelajaran yang menyeronokkan,” katanya.
Muhyiddin berkata, kementerian juga bersetuju memulakan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah pada 2014 menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dimansuhkan, iaitu dua tahun lebih awal berbanding perancangan asal.
Beliau juga bersetuju kemungkinan satu laporan baru dikeluarkan mengenai cara menambah baik keseluruhan sistem pendidikan negara pada masa depan, sebagai langkah penilaian semula secara berterusan.
SUMBER-BERITA MINGGU
Pada pandangan Aku->hehehe baGusss!!! Aku amat sEtuju..amat2 setuju sekali hahaha..habisla budak2 sekolah hehe..ye la lau dulu ramai yg pandang sebelah mata ngan matapelajaran Sejarah nih..sbb x wajib Lulus..lau fail pun xpe..ada harapan msuk Uni lagi..sekarang padan Muka..ada gak yg anggap Sejarah ni kacang goreng jer..ada ke patut..lagi satu barula ada peluang budak2 yg amik kos Sejarah masa kat Universiti nih diberi perhatian..selalunya cam terpinggir jer..asyik2 mat dan sains diutamakan..sedangkan Sejarah masih releven dan harus dimanfaatkan dan disemai dlm diri pelajar..
Best pe belajar sejarah..ala2 macam baca novel gak sebab sejarah ni merupakan suatu cerita..Cuma beza nya kite kena ingat la fakta2..peristiwa penting sbb ianya adalah perkara yg benar2 terjadi mana leh hentam kromo je kan..x leh cipta sejarah sendiri hehe
Rasanya waktu aku belajar sejarah dulu..silibus die banyak giler weii..sejarah Msia laa.,Sejarah Dunia laa..Tamadun Islam laa..x terbaca aku sume buku tuh..walaupun aku suka gilerrr ngan Subjek Sejarah nih..tapi aku mang suke baca buku SejaRah..tpi yg x bestnye silibus die banyak sgt..penin..sekarang ni aku x tau la cmne silibus die..mungkin dh tukar kea pa ker..
sepaNjang form 1-5 aku x pernah dpt C utk sejarah haha..tpi msa SPM..entah kenapa lain plak yg jadii..hehe dapat 5c jer..aiyoo apa dh jadi..aku pun heran..tapi aku tebus balik kegagalan utk mendapat A dalam subjek SEjarah utk STPM..alhamdulilah utk STPM aku dapat keputusan yg baik..dan prjuangan itu diteruskan ke UM..
SeJaraH Masih KeKaL diHati..terSeMat di KaLbu..
Lalalala
SEjarAH tu BessTT..ThiNk PosiTive k…
GooD LucK to U aLL..
HiDuP SeJaRah yeAh!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.