-->

30 Mac 2012

LaGu BawaKu PeRgi Nak DihaRamKan!?dan KoMeN ZizaN MengeNainya..


Assalammualaikum.
x sangka isu pasal lirik lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan n Kaka jadi kecoh gak kan..Actually sebelum nih aku dh pernah buat entry pasal lagu nih dah..x sangka masuk popular post hehe..korang nak baca entry tersebut leh la tgk kat popular post di sidebar tuh ye..
Ramai juga yg berpendapat Lirik lagu Bawaku Pergi mmg ada unsur Negatif..x byk sikit mesti ada..x kurang juga yg menafikannya kerana ada yg berpendapat lirik lagu tersebut ada maksud tersirat yg mempunyai unsur positif..dan ada yg kata kalau pun x wujud lagu berkenaan,remaja kalau nk lari dari rumah die lari gak..hahaa mcm2 pandangan...yelah lagu ni mungkin ada maksud tersirat tapi mungkin ramai yg x faham apa maksud tersiratnyer kan..yelah tiba2 nak kena guna kemahiran berfikir plak hehe..zizan pun ada mmberi komennya dengan menyatakan usahlah menyalahkan lagu berkenaan..korang leh baca artikel akhbar kt atas tuh..klik utk besarkannya..
ni yg payahnye kalau buat lirik yg susah difahami yakni kalau ada maksud yg tersirat bagai kan..kalau buat lirik biar direct to the point kang senang..xde la jadi kontroversi..Lirik lagu ni ditulis oleh Malique ala die ni dulu adalah salah seorang ahli kump Too Phat..
apa pun awal2 masa first time dgr lagu nih..aku automatik berkata lirik die cam pelik jer kan haha..so x sangka jadi kontroversi..sbb lirik die mmg agak kureng juga bagi aku..apa pun semuanya pandangan masing2 kan..tapi apa pun aku suka ngan melodi lagu nih sbb sedap,catcy dan mesra pendengar...lalalalala

p/s-x sabar nk tgk Super Spontan mlm ni..best sgt ker??sejam je rancangan nih knp sekejap sgt la plak..

11 ulasan:

  1. Mcm da xda bahan lain nk buat lirik mcmtu kan...
    Akhirnya dihukum jua kan...hihi

    BalasPadam
  2. Sangat setuju..

    kalau artis yang nyanyi..dah pasti dia akan pertahankan kes mereka. Biasalah..

    Pada pandangan saya, lagu juga memainkan peranan. Persoalan juga timbul, kenapa nak buat lirik berunsur demikian??

    BalasPadam
  3. actually kan my lecturer said dari segi zahir mmg lar x elok..batinnya ada positif jgak..huhu..

    sekadar pndangan..^^V

    BalasPadam
  4. penulis2 lirik lps nie kena berhati2 lah...ader yg digam nnt

    BalasPadam
  5. lirik lagu sangat mempengaruhi.. so berwaspadalah.. yang diucap berulang kali boleh menjadi doa.

    BalasPadam
  6. kalau ikutkan lagu tu mmg lirik dia ada berbunyi negatif. terpulang kpd pendengar utk menilainya. pokok pangkal hati individu itu sendiri. menyalahkan org bukan lah cara tbaik.

    BalasPadam
  7. sya mmg awl2 dh perasan lirik lagu neh...hurm.. pndapat msg2 kn berbeda..kta ambl yg positif saja..

    BalasPadam
  8. http://www.qarmamusiq.com/post/20160568783/statement

    Salam. ini statement dari Malique, pencipta lirik ni! baca dan fahami

    Statement
    Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.
    Pada tahun 2008, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
    Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

    Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

    Malique
    Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.


    ps: lagu tersirat macam ini nak bising, lagu oversea yg penuh mencarut tak nak pulak bising. "Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak"

    BalasPadam
  9. adoyai, itu semua ikut hati org, kalau tada lagu pun masih ramai yang lari dari rumah...

    tapi sebenarnya lebih baik buat lagu yang memberi nasihat..kehhhh

    BalasPadam
  10. yg pelinya, lagu ni dah lama keudara kan..
    baru sekarang diorg nak kecoh n ambil tindakan..

    pcipta sptutnya kena lebih peka.. ini tidak..

    padanya mcm ni lah..

    BalasPadam
  11. Hi .. Awesome blog and nice entry ! . Done follow u !! I'll always support your blog ! :DD Chills :*

    http://secret-domokun.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017