-->

21 Mac 2012

JoZan Dibayar RM50 Ribu Untuk Sejam?

Petikan artikel dari Portal Murai.com.my

Sebagai salah seorang pengikut program lawak nombor satu di Malaysia iaitu Raja Lawak (RL), Murai Batu tidak menafikan bahawa jatuh bangun program itu terletak kepada pasangan pengacara mereka.

Siapa lagi kalau bukan Johan dan Zizan atau lebih dikenali sebagai Jozan.
Lihat sajalah dari musim yang kedua sehingga musim yang terbaru, kebanyakan peminat lebih menunggu untuk melihat keletah Jozan berbanding peserta yang bertanding.
Jadi, tidak hairanlah andai kata RL berterusan untuk musim ke tujuh, nama Jozan selaku pengacara akan dikekalkan dengan bayaran gaji yang sangat tinggi.
Terlanjur Murai Batu menyentuh mengenai soal bayaran Jozan, Murai Batu terkesima selepas diberitahu sumber terdekat yang mendakwa Jozan sudah pandai demand dalam soal bayaran.
Murai Batu dengar cerita, Jozan telah meletakkan harga mereka sebanyak RM 50,000 hanya untuk persembahan dalam tempoh masa sejam.


Benar atau pun tidak tentang hal ini, Murai Batu perlulah menunggu penjelasan dari dua pelawak berkenaan bagi mengesahkan dakwaan tersebut.
Apa sekalipun, Murai Batu merasakan pelawak itu tidak wajar meletakkan harga sebegitu tinggi.
Yalah, sedikit sebanyak ia akan menunjukan sifat kedua-dua figura itu yang sangat tamak.
Baik Johan mahu pun Zizan, kedua-duanya sangat lebat dengan tawaran pengacaraan, lakonan dan nyanyian.
Mungkin juga, selepas ini golongan yang berpedapatan rendah sama sekali tidak boleh menonton persembahan mereka kerana tidak mampu.

okey ni plak kenyataan balas dari Ozlyn merangkap isteri dan pengurus JoHaN..dipetik dari Mstar online

Isteri kepada pelawak Johan (Raja Lawak) iaitu Ozlyn Wati menyifatkan tuduhan kononnya kumpulan Jozan yang dianggotai suaminya dan Zizan meletakkan bayaran RM50,000 untuk satu jam persembahan adalah sebagai fitnah dan mengarut.

Ozlyn yang juga pengurus kepada Johan berkata, dia terkejut dengan gosip terbaru melibatkan kedua-dua pelawak tersebut namun tidak mahu mengendahkannya kerana ia tidak benar sama sekali.
"Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.
Dalam pada itu, Ozlyn berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan harga melampau kepada pihak penganjur yang inginkan khidmat Jozan sebaliknya mereka boleh bertolak ansur mengenai perkara itu.
Ozlyn memberitahu, caj yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kualiti dan standard persembahan Jozan atas permintaan pengelola sesebuah acara.

"Sebut harga yang kita berikan kepada pihak penganjur adalah berdasarkan kepada permintaan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh Jozan dalam sesebuah persembahan.
"Bagaimanapun harga yang diberikan masih boleh dirunding dan pihak kami selalunya akan bertolak ansur dengan permintaan penganjur," ujarnya.
"Bukan nak menyombong atau besar diri apabila mereka sudah ada nama dalam industri tetapi kadang-kala ada sebab mengapa kita perlu menolak sesuatu tawaran yang datang.

"Bagaimanapun, selalunya saya akan cuba mencadangkan kepada penganjur untuk mengambil pelawak-pelawak lain jika sesuatu tawaran yang datang sesuai dengan majlis yang hendak dikelolakan," katanya.


Nih plak Dipetik dari kata2 aku wakaka...hehe
Aku rase mesti ramai pihak penganjur yg kecewa dan terasa hati kot bila Jozan letak harga tinggi or tolak tawaran diorang utk mengadakan show..yelaa kena reject kan hehe sbb rasanya mana2 show if ada JoZaN konform ramai yg datang kan..so bila Jozan tolak pelawaan penganjur membuatkan timbulnya fitnah2 gini..mungkinlah kot hehe
tapi RM50,000 tuh mmg kire mahal la kan..hanya penganjur2 acara2 besar jer yg mampu bayar harga gitu..kalau nak panggil diorang tuk acara2 yg dianjurkan oleh kawasan perumahan korang mmg x dpt la jwbnyer..satu maybe diorang tolak nak jaga standard diorang la kan or maybe harga tinggi kot haha..tapi rasanya diorang mmg tgh hot dan top sekarang jadi harga gitu mmg kire harga yg setanding dgn populariti diorang..kirenyer dalam erti kata yg lebih mudah "Nak ambik x nak sudah hehe..lagipun dari apa yg aku tgk setinggi mana harga yg diorang letak diorang tetap je jadi rebutan phk penganjur haha diorang mmg laris buat masa nih..n selagi ada peminat selagi tuh laa show ttp lebat..

5 ulasan:

  1. dah femes...mstila ada yg dengki..huhu

    BalasPadam
  2. hihi.mengenai benda2 ni suma saya no komen la.aisey cam jawapan retis pulak kan?haha.

    btw saya pun suka kalau dorang jadi pengacara.cara lawak mereka yang spontan tu selalu buat saya senggeh2 je nengok,adakalanya ketawa tak ingat dunia..hihi

    BalasPadam
  3. kayanyaaaa org yg byr byk2 neh... tetiba kena jd retiss jugak la pasneh.. hurmmm~

    BalasPadam
  4. suke jugak jozan tuh. ahhaa mmg berdekah2 la kt rumah ketawa. psl harga tu, hurmm ntah la...taktahu mana betol mana salah kan...

    BalasPadam
  5. suka tgk depa. lawak x hingat2..:D

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017