-->

5 Apr 2014

Lagu & Lirik Bebaskan Ost Frozen Let It Go Malay Version By Marsha

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun dah tengok cite Frozen nih kan dan lagu2 dalam cite Frozen ni memang semua best2. Antara lagu paling top adalah lagu Let It Go sehingga lagu ni ada banyak version ikut negara masing2. Contohnya versi China, Korea dan sebagainya. Lagu dalam versi Korea dinyanyikan oleh Hyorin mmg sedap, kalau dalam version Malaysia pula dinyanyikan oleh Marsha Milan yang juga turut alih suara filem Frozen dalam bahasa melayu bersama Liyana Jasmay dan Ray. Dalam versi Melayu lagu Let It Go ditukar tajuk kepada "Bebaskan". Boleh tahan gak suara Marsha, jom layann lirik dan video lagunya kat bawah ni k.
Lirik Lagu Bebaskan

Bebaskan bebaskan
Tak dapatku pendam lagi
Bebaskan bebaskan
Mulakan hidup baru
Salju putih menutupi malam
Tiada jejak yang terlihat
Kerajaan yang terasing dan akulah ratunya
Hembusan bayu bak gelora jiwaku
Puasku cuba tuk memendamnya
Jangan sampai mereka tahu
Harus menjadi yang diharapkan
Lindungilah yang sebenar
Kini aku
Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Tidak seperti dulu
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku
Kini dapatku lihat jelas dari kejauhan
Ketakutan terpendam telah dapat ku lepaskan
Diatas kedinginan ku bernyawa lagi
Kisah silam ku lepaskan tak mungkin ku sesali
Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Ku cuba sedayaku
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku


15 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017