-->

29 Mac 2015

Sinopsis Drama Dendam Semalam Slot Azalea TV3

Assalammualaikum..
Drama Dendam Semalam adalah drama terbaru di Slot Azalea yang mula bersiaran di Tv3 mulai 24 Mac yang lalu, setiap isnin-khamis pukul 4 petang. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Iqram Dinzly, Azwan Kombos, Adiba Yunus, Nina Iskandar, Fadlan Hazim dan ramai lagi. Drama ini adalah terbitan MIG Production, Apapun jom layan Sinopsis Drama ini kat bawah k..

Sinopsis Drama Dendam Semalam

Mengisahkan Farizal yang terpaksa berpisah dengan ayah dan ibu angkatnya pada usia 10 tahun apabila didakwa sebagai anak Datuk Malik yang hilang ketika bayi. Demi menjamin masa depan anaknya, ayah angkat Farizal telah mengakui perkara itu.



Farizal dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Datuk Malik dan Datin Saerah sehinggalah kemunculan Amirul yang sebaya dengannya. Sejak itu, Datuk Malik dan Datin Saerah mula beralih kasih sayang kepada Amirul. Farizal sedih dan berdendam dengan Amirul yang dianggap sebagai perampas kebahagiaannya. Kemarahan Farizal memuncak apabila Datuk Malik mengakui bahawa Amirul ialah anak kandungnya, bukan Farizal. Akhirnya, Farizal lari dari rumah dan tidak pernah kembali.


Setelah dewasa, Farizal memulakan rancangannya untuk menjatuhkan Datuk Malik. Farizal telah berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah walaupun dia sebenarnya menyayangi Linda. Kebijaksanaan Farizal dalam bidang perniagaan berjaya mendapat kepercayaan daripada Datuk Malik kerana Amirul tidak mahu mengambil peduli dengan perniagaan keluarga. Amirul yang pendiam lebih berminat melukis dan sering mengembara ke serata tempat.
Amirul telah lama menyimpan perasaan terhadap Linda yang pernah menuntut di universiti yang sama dengannya. Namun, Linda hanya menganggap Amirul sebagai sahabat baiknya sahaja kerana sejak kecil dia menunggu kepulangan Farizal yang pernah tinggal di rumah anak yatim bersamanya dahulu.

Datin Saerah mencurigai niat Farizal apabila melihat anaknya, Atikah yang sering kemurungan. Oleh itu, Datin Saerah memujuk Amirul untuk belajar selok belok perniagaan Datuk Malik. Farizal telah berkomplot dengan Lily untuk menganiayai Amirul. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

4 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017