-->

17 Okt 2016

W - Korean Drama Review

Review Drama Korea - W (Two World)

Assalammualaikum..
Hari ni giliran drama W pula untuk direviewkan, aku yakin ramai yang dah tonton drama W ni sebab drama ni sememangnya sangat popular di Korea dan juga di negara2 yang lain termasuklah kat Malaysia ni. Jalan cerita drama W ni memang sangat unik dan menarik serta lain dari yang lain dari kebiasaannya membuatkan penonton tertunggu - tunggu apa yang akan jadi seterusnya serta ternanti - nanti akan kesudahan drama ini. Drama W ini mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Lee Jong Suk, Han Hyo Joo, Jeong Eu Gene, Lee Tae Hwan, Lee Si Un, Kim Eui Sung, Park Won Sang, Heo Jung Do serta ramai lagi. Drama ni disiarkan pada 20 Julai hingga 14 September 2016 menggantikan drama Lucky Romance yang telah tamat episodnya dan kemudian drama W ini akan digantikan pula dengan drama Shopping King Louis. Han Hyoo Joo memang kelihatan sangat cantik dalam drama ni dan drama W ini menjadi drama terbaru yang dilakonkannya selepas 6 tahun tak berlakon drama sebab hanya berlakon dalam filem je sebelum ini, drama terakhir yang dilakonkannya adalah Dong Yi (2010).
Pengarah drama W ni pernah mengarah drama - drama popular sebelum ini seperti drama She Was Pretty (2015), Cunning Single Lady (2014),  Arang and The Magistrate (2012) dan banyak lagi. Begitu jugak dengan penulis skrip drama ni yang pernah menulis skrip untuk drama2 best seperti The Three Musketeers (2014), Nine Times Time Travel (2013), Queen In - Hyun's Man dan lain lain lagi. So apabila diorang bergabung memang meletop lah kan hehehe, tertarik gak dengan idea kreatif drama ni yang menggabungkan dunia realiti dan juga dunia komik (Webtoon). Ilustrasi jalan cerita W dalam bentuk kartun / komik memang comel habis. Bagi aku hero drama ini laitu Lee Jong Suk, memang pandai pilih drama2 yang best2 untuk dilakokannya seperti drama2 die sebelum ini seperti I Hear Your Voice, Pinocchio dan banyak lagi. Agak mengerikan jugak bila bapa Oh Yeon Joo iaitu Oh Sung Moo hilang mukanyer hahaha, habis mata, hidung dan mulut xde, paling best masa bila tengok reaksi Park Soo Bong yang terkejut giler lalu menjerit hehehe. Watak Oh Sung Moo tu agak menarik juga bila die akan berubah jadi watak jahat gitu, watak jahat kedua dalam drama ni adalah Han Chul Ho yang memang tak habis2 cari pasal dengan Kang Chul.
Agak terhibur gak dengan gelagat doktor Park Min Soo yang merupakan orang atasan kepada Oh Yeo Soo tu, die ni memang fanatik dengan Komik / Webtoon W tu dan sering complain tentang ketidakpuasan hatinya sebagai pembaca setia komik W tu, terhadap watak Oh Yeon Joo yang ada dalam komik tu hehe. Lagu tema / OST W ni memang sedap2 belaka dan sesuai dengan jalan cerita drama ni. Gandingan Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo juga nampak sweet dan serasi. Nasib ending drama ni happy ending jugalah bila Kang Chul akhirnya dapat hidup di dunia realiti, cuma aku konfius gak, Kang Chul tu nanti kerja ape ek sebab die di dunia webtoon memang die kaya raya, tapi bila die di dunia realiti die tak punya apa2 pun. Walaubagaimanapun ending untuk bapa Oh Yeon Joo memang agak sedih jugalah sebab die akan lenyap dari dunia webtoon tu dan juga dari dunia realiti. Apapun bagi yang nak berjinak - jinak menonton drama Korea tu, harus jadikan drama W ni drama harus tonton korang. Apapun aku bagi 9.5 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni.

3 ulasan:

  1. wahhh mmg suka crita ni tau.. salam pekenalan :)

    BalasPadam
  2. Drama ni mmg best tp endingnya confuse xleh terima la

    BalasPadam
  3. dulu gila sangat tengok cite ni.. hahaha

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017