-->

3 Dis 2016

Review Drama Korea - Monster

Korean Drama Review - Monster

Assalammualaikum..
Semenjak dua menjak ni banyak pula Drama Korea yang habis serentak, kadang - kadang sampai 3 hingga 4 drama habis serentak dalam minggu yang sama. Makin bertambah review yang kena buat nanti hehehe. Apapun kali ni aku nak buat review untuk Drama Korea yang bertajuk Monster. Drama ni release pada 28 Mac dan tamat episodnya pada 20 September 2016 dan mempunyai 50 episod. Memang panjang episodnyer tapi not bad gak la sebab setiap episod penuh dengan suspen gitu dan buat penonton tertunggu - tunggu episod seterusnya. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Kang Ji Hwan, Sung Yu Ri, Park Ki Woong, Soo Hyun, Jung Bo Suk, Jo Bo Ah, Park Young Gyu, Lee Deok Hwa, Jin Tae Hyun, Kim Hye Eun, Jung Woong In, Lee El dan ramai lagi. Semua pelakon dalam drama ni hebat2 belaka dan berjaya melakonkan watak masing2 dengan baik sekali, kalau watak jahat tu memang nampak jahat betul, manakala watak baik pula memang berkesan lakonannya. Drama Monster ini disiarkan menggantikan drama Glamorous Temptation dan kemudian digantikan pula dengan drama Women With a Suitcase. Pelakon Seo Kang Joon dan Hwang Jung Eum ditawarkan terlebih dahulu untuk watak hero dan heroin drama Monster ni namun diorang tolak dan akhirnya watak tersebut menjadi milik Kang Ji Hwan dan Sung Yu Ri.
Rating drama Monster ini boleh tahan tinggi juga dan episod akhir drama ini mendapat rating tertinggi gitu. Drama ini juga berjaya menghimpunkan kembali beberapa pelakon watak jahat dalam drama2 lain sebelum ini seperti I Hear Your Voice, Shine Or Go Crazy, Rosy Lovers, Angry Mom dan lain - lain lagi. Selain tu Chen Bolin dan Ki Kwang dari kumpulan kpop Beast turut jadi cameo dalam drama ni sebagai watak hero ketika remaja manakala ketika dewasa akan diambil alih oleh Kang Ji Hwan. Manakala penulis skrip drama ini pernah menulis skrip untuk drama2 best yang lain seperti Empress Ki, Incarnation Of Money, History Of Salaryman. Drama ini dipermulaannya memang menarik juga mengisahkan Guk Cheol yang buta telah dianiaya oleh pakciknya sendiri iaitu Byun Il Jae hingga menyebabkan hidup Guk Cheol menjadi sangat derita dan berazam untuk membalas dendam pada pakciknya. Pertemuan semula dengan Ok Chae Ryung yang membantunya telah membuka lembaran baru dalam hidup Guk Cheol yang kini menukar namanya kepada Kang Gi Tan dan menjalani pembedahan untuk melihat semula. Dalam proses untuk membalas dendam itu die bertemu dengan cinta hatinya Oh Soo Yeon dan musuh ketatnya Do Gun Woo. Episod 1 hingga 20 drama ini menarik juga tapi bermula episod 20 hingga 30 agak boring bagi aku, banyak kali gak aku skip hehehe tapi start dari episod 30 hingga ke episod 50 memang wow okey, sangat best dan penuh suspen.
Aku suka tengok perubahan karakter setiap watak dari takde apa2 sampaila jadi matang dan berani gitu. Paling ketara adalah watak Oh Soo Yeon yang awalnya nampak desperate nak cari kerja dan mengalami pelbagai kesukaran hinggalah adik kesayangannya dibunuh oleh Byun Il Jae membuatkan Oh Soo Yeon berubah menjadi lebih berani dan berusaha sehingga dirinya menjadi peguam dan mencari pelbagai jalan untuk menghukum Byun Il Jae. Begitu juga dengan watak Do Gun Woo yang awalnya nampak macam budak mentah yang suka memberontak dan panas baran berubah menjadi seorang yang bijak, serta fokus dalam usahanya mendapatkan apa yang die nak. Sayangnyer watak Do Gun Woo ni dalam kategori jahat. Ingatkan die berubah jadi baik apabila die rapat dengan Oh Soo Yeon tapi die tak pernah jadi baik, die selalu menipu dan berpura - pura jadi baik depan O.Soo Yeon, kat belakang Soo Yeon die boleh plak berpakat dengan Byun Il Jae. Cuma Do Gun Woo ni sangat cintakan Oh Soo Yeon tapi die lebih pentingkan impiannya yang nak rampas kekayaan ayahnya tu. Sama gak dengan watak Kang Gi Tan yang beberapa kali tewas dan dirinya cuba dibunuh oleh Byun Il Jae namun setiap kali dirinya dapat bangun semula dengan lebih kuat dari sebelumnya. Kang Gi Tan juga berjaya mendapatkan kuasa dan juga wang untuk membolehkan dirinya bersaing, berlawan dan menghukum Byun Il Jae yang tamak dan jahat tu.
Walaubagaimanapun drama ni tak dapat lari dari kisah cinta antara watak2 utamanya, Oh Soo Yeon awalnya nampak biase2 jer tapi lepas die dah jadi peguam, cara makeup pun dah berubah, makin cantik plak die masa ni hehe sampai 3 lelaki suka kat die antaranya adalah Kang Gi Tan, Do Gun Woo dan Do Gwang Woo. Manakala Kang Gi Tan juga tak kurang hebatnya apabila Oh Soo Yeon turut mencintainya, disamping Do Shin Young dan Ok Chae Ryung turut ada hati padanya. Malah kelihatan rakan sepasukannya iaitu Yoo Sung Ae juga macam suka kat Kang Gi Tan ni. Kadang - kadang tu terhibur gak dengan telatah Do Shin Young yang giler2 tu, personalitinyer yang ceria tu boleh buat Kang Gi Tan jadi pening hahaha, malah Do Shin Young ni senang2 hati die tukar nama Kang Gi Tan menjadi Kang Ga Ding hehe. Die tahu family die banyak buat salah kat Kang Gi Tan sebab tu die berusaha untuk menolong dan menyenangkan hati Kang Gi Tan. Antara scene yang aku suka adalah ketika Oh Seo Yeon cuba untuk memujuk orang kanan Byun Il Jae iaitu Oh Choong Dong yang masuk penjara untuk menjadi saksi dan memberikan keterangan menentang Byun Il Jae di mahkamah nanti namun tidak semudah yang disangka kerana Oh Choong Dong seorang yang sangat setia pada Byun Il Jae. Namun Soo Yeon tidak mudah putus asa, dirinya melawat O.Choong Dong tiap2 hari di penjara dengan membawa makanan yang sedap2 yang dimasaknya sendiri.
Sambil melawat dan membawa makanan kepada Oh C.Dong tu, Oh Soo Yeon juga akan cuba memujuk dan menasihati Oh Choong Dong. Awalnya agak sukar juga kerana O.C.Dong tidak mahu bekerjasama namun lama kelamaan hati Oh Choong Dong mula lembut dan mula terbuka menerima kehadiran Oh Soo Yeon. Walaupun die tak berubah jadi baik serta merta selepas keluar penjara tapi nampak die mula bimbang dan risau dengan keselamatan Oh Soo Yeon. Satu lagi scene yang aku suka adalah scene2 yang melibatkan mak Do Shin Young iaitu Hwang Gi Ja, bagaimana die boleh berubah 100 peratus menjadi seorang yang jahat dan tamak namun nasib masa episod akhir die dah berubah jadi baik dan berbaik dengan suaminya tu serta cuba merubah perangai anak sulung mereka iaitu Do Gwang Woo. Rasanya yang paling beruntung dalam drama ini adalah watak Hwang Jae Man yang merupakan bekas bapa mertua Byun Il Jae, die akhirnya menang pilihanraya dan dapat jadi presiden gitu. Walaupun di peringkat awal die berada di pihak Byun Il Jae tapi Kang Gi Tan berjaya memisahkan kerjasama dan hubungan diorang. Lagu Tema / OST Monster ni boleh tahan gak laa, sedap jer dengar lagu2 nyer. Ending drama ni happy ending gak la bila akhirnya Byun Il Jae mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya, dimana die akan dihukum gantung.
Manakala Do Gun Woo pula akan mati ketika menyelamatkan Oh Soo Yeon dari ditembak oleh Byun Il Jae. Walaubagaimanapun Oh Soo Yeon mula berasa bersalah atas kematian Do Gun Woo dan mula menjauhkn diri dari Kang Gi Tan. Do Shin Young juga membawa diri ke luar negara dengan melakukan kerja2 sukarelawan bagi menebus kesalahan keluarganya pada semua orang. Manakala ending bagi watak Kang Gi Tan juga agak sedikit konfius hahaha, sebab Kang Gi Tan kembali kepada keadaan asalnya. Rasanya endingnyer open ending dan aku rase happy ending jer bila Kang Gi Tan akan bersama juga dengan Oh Soo Yeon tu. Menonton drama Monster ni seperti menaiki Roller Coaster hahaha, jalan cerita bermula dengan perlahan sebelum memecut laju dengan pelbagai adegan suspennyer dan membuatkan penonton terpaku dan tertunggu - tunggu episod seterusnya. Tak rugi menonton sampai 50 episod sebab jalan ceritanyer memang best dan aku bagi 8.6 Bintang untuk drama Monster ni dari 10 Bintang.

2 ulasan:

  1. Pergh!! Panjang gila citer dia.. 50 episod tu.. ada gakntertengok drama nie tapi xle nak layan.. panjang sangat..hehehe

    BalasPadam
  2. Hehe. Maznee memang kurang cerita korea. Panjang meleret leret 😍

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017