30 Nov 2016

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Lara Cinta Ameena adalah drama terbaru di Slot Samarinda TV3 menggantikan Drama Umairah yang telah tamat episodnya. Drama Lara Cinta Ameena akan mula bersiaran pada 30 November ini dan dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Raja Afiq, Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq serta ramai lagi. Drama 15 episod ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Tajuk drama ni hampir sama dengan Drama Lara Ameena yang disiarkan di RTM dulu tapi jalan ceritanyer berbeza lah kan hehehe tapi yang bestnyer Zarina Zainoordin menjadi pelakon untuk kedua-dua drama ni hehehe. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Mengisahkan pahit getir kehidupan Ameena, seorang yatim piatu yang sentiasa diuji dengan ujian - ujian yang semakin berat. Kehidupan Ameena mula senang apabila berkahwin dengan seorang hartawan yang bernama Ridhuan. Namun kebahagiaan perkahwinan mereka tidak kekal apabila ditentang oleh Ibu Radhuan, Puan Kirana. Hasutan demi hasutan, fitnah demi fitnah dilemparkan kepada Ameena oleh Puan Kirana sehingga Radhuan termakan hasutan ibunya dan akhirnya menceraikan Ameena. Walaubagaimanapun Ridhuan tidak tahu yang Ameena sedang hamil akan anaknya dan diceraikannya pula. Selepas itu Ameena hidup sendirian di Sabah kerana ingin mententeramkan fikiran walaupun sering dihujani dengan segala kepayahan. Dapatkah Ameena menggapai kebahagiaan hidup seperti wanita lain?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails