2 Nov 2016

Sinopsis Drama Umairah TV3

Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3 

Assalammualaikum..
Drama Umairah adalah drama terbaru di Slot Samarinda Tv3 menggantikan Drama Patahnya Sebelah Sayap yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula disiarkan sejak 25 Oktober yang lalu dan mempunyai 15 episod. Drama Umairah ini dilakonkan oleh Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Octovia Manrose, Shajiry, Shiqin Kamal, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan merupakan terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd. Rasanya kalau tak silap ni kali pertama Lufya pegang watak utama jadi heroin drama gitu. Apapu jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Umairah TV3

Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma. Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya. Kedatangan Shahrizal ke syarikat Garuda Global untuk mencari pekerjaan. Dia membawa keratan akhbar mengenai syarikat tersebut yang memaparkan jawatan kosong sebagai Akauntan. Dia ingin mencuba jawatan tersebut yang sesuai dengan kelayakannya sebagai Pemegang Ijazah Perakaunan. Apatah lagi, syarikat ini sememangnya tempat yang dia idamkan untuk bekerja sebelum ini. Akhirnya Shahrizal ditawarkan bekerja di syarikat Garuda Global sebagai Akauntan. Sementara itu Nadia, setiausaha Dato’ Amir tertekan apabila kekasihnya Andy yang merupakan bekas akauntan syarikat telah dipecat kerana kes pecah amanah. Dia mendesak Nadia untuk menjatuhkan Garuda Global secara perlahan-lahan dengan menyeludup beberapa dokumen penting untuk Andy.


Shahrizal diminta oleh Dato’ Amir untuk menjemput Umairah di lapangan terbang. Setibanya di lapangan, Rizal tercari-cari Umairah. Setelah menghubungi Umairah, dia seakan-akan tertarik dengan kelunakan suara Umairah memberi salam dan hatinya meronta-ronta untuk bertemu Umairah. Sangkaannya Umairah sudah tentulah cantik dan bergaya seperti Nadia namun sangkaannya meleset. Umairah memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada Shahruzal yang sedang tercari-carinya. Sebaik saja Rizal toleh pandang Umairah. Dia sangat terkejut melihat penampilan Umairah yang berjubah dan tudung labuh serta nampak sangat kekampungan, muslimah sejati. Dato Amir mahukan anaknya-anaknya kelak mengambil alih tempatnya di syarikat namun anaknya Umairah mahupun Sabrina tidak mempunyai kemahuan untuk mewarisi syarikat ayahnya itu. Suatu hari di pejabat, Dato’ Amir meminta Shahrizal untuk menjadi manantunya dan mengahwini Umairah. Apakah keputusan Shahrizal? Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

Mrs Fuzy šŵëĕt.šöʊř.Նĕγʀǟ berkata...

lagi satu cerita airmata...sob sob

Unni Anje berkata...

kena nonton online ja la kalau gni tu pun kalau ada masa

Tanpa Nama berkata...

Apa ye tajuk lagu ringtone sab dalam cerita umairah
.hihihihi

Jamilah Musa berkata...

Cerita ini dari novel ke atau tak...

Related Posts with Thumbnails