3 Nov 2016

Sinopsis Akin Pa Rin Ang Bukas - Drama Filipina TV3

Sinopsis Drama Filipina TV3 - Akin Pa Rin Ang Bukas

Assalammualaikum..
Drama Filipina yang bertajuk Akin Pa Rin Ang Bukas adalah drama terbaru di Slot Telenovela TV3, menggantikan Drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin yang telah tamat episodnya. Drama Akin Pa Rin ang Bukas ini sudah pun disiarkan di Filipina pada tahun 2013 yang lalu dan kini disiarkan di Malaysia pula. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Lovi Poe, Rocco Nacino, Cesar Montano, Charee Pineda, Liza Lorena, Gary Estrada, Solenn Heussaff, Gloria Romero dan ramai lagi. Aku ada tengok gak drama ni, dan boleh tahan gak jalan ceritanyer, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Telenovela TV3 - Akin Pa Rin Ang Bukas

Jalan ceritanyer bermula dengan Emma Ignacio yang bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah rumah orang kaya iaitu rumah Villacorta. Suatu hari Emma telah mengandung akibat hubungannya dengan Roel yang merupakan anak majikannya. Roel seorang Playboy tidak mahu bertanggungjawab manakala ibu Roel pula iaitu Beatrice menghalau Emma serta memfitnah Emma sehingga ditangkap polis. Akhirnya Emma dilepaskan setelah membuat perjanjian dengan Roel agar Emma tidak mengganggunya lagi. Emma kemudiannya melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakannya Lovelia. Disebabkan kehidupan mereka sangat miskin serta Lovelia juga menghidap penyakit jantung, memaksa Emma menerima pelawaan kekasihnya untuk tinggal bersama dan kekasihnya akan menanggung segala kos rawatan Lovelia. Walaubagaimanapun kekasih Emma mula berubah menjadi panas baran, hal ini diburukkan lagi dengan perangai anak sulung kekasihnya Agatha yang sangat bencikan Emma dan juga Lovelia. Mereka akhirnya keluar dari rumah kekasihnya dan Emma akhirnya sengaja membiarkan Lovelia tinggal di rumah keluarga Roel secara paksa dan menghilangkan dirinya. 
Kehidupan Lovelia mula berubah setelah tinggal dengan ayahnya yang kaya iaitu Roel, Lovelia mempunyai hubungan baik dengan ayahnya Roel. Walaubagaimanapun neneknya Beatrice masih benci dan enggan menerimanya dalam keluarga mereka. Lovelia kemudiannya membesar menjadi gadis yang cantik dan bijak, die bekerja sebagai Creative Director di Syarikat keluarga ayahnya. Lovelia juga mempunyai hubungan rapat dengan Conrad Alperos, kemudian Lovelia bertemu dengan Jerry yang menyamar sebagai jejaka kaya yang bernama Gerald, malah die turut bertemu semula dengan bekas kakak tirinya iaitu Agatha dan Agatha berpura-pura insaf dan meminta maaf pada Lovelia atas perbuatan kejamnya ketika mereka masih kecil. Lovelia akhirnya memaafkan Agatha tanpa mengetahui yang Agatha dan Jerry sudah sama - sama berpakat untuk merampas kekayaannya dan ayahnya Roel. Agatha dan Jerry menjalankan misi masing - masing yang mana Agatha akan memikat Roel ke dalam perangkapnya manakala Jerry pula akan cuba memenangi kepercayaan dan cinta Lovelia.
Agatha tetap fokus dengan rancangan jahatnya namun berbeza pula dengan Jerry, apabila dirinya sudah jatuh cinta dengan Lovelia dan membuatkan Agatha dan Jerry bergaduh. Lovelia berasa sedih apabila mengetahui keadaan kesihatannya yang semakin teruk dan perlu buat pembedahan pemindahan jantung dengan segera. Lovelia dan Jerry akhirnya lari dari rumah dan berkahwin. Tidak berapa lama selepas itu Lovelia mengandung dan dinasihati oleh doktor untuk mengugurkan kandungannya kerana masalah jantungnya itu. Roel pula membawa pulang Agatha untuk mengahwininya kerana Agatha mengaku yang dirinya juga dah mengandung. Keadaan mula rumit apabila Roel, Agatha, Jerry dan Lovelia tinggal dalam rumah yang sama. Lovelia kemudiannya keguguran dan membuatkan Jerry berasa sedih, namun selepas itu Jerry mula berasa cemburu apabila mengetahui yang Agatha juga mengandung dan keadaan mula menjadi semakin buruk. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Apa yang akan dilakukan Lovelia setelah mengetahui kebenarannya?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Unni Anje berkata...

Tajuk dia tu nasib bukas bukan bakas.. hahahahah.. kalau bakas emang nak gelak da ni!!

Related Posts with Thumbnails