30 Nov 2016

Sinopsis Filem Rock Bro

Sinopsis Filem Rock Bro

Assalammualaikum..
Filem Rock Bro telah mula disiarkan di pawagam pada 27 Oktober 2016 yang lalu dan mendapat sambutan hangat daripada penonton. Filem Rock Bro ini dilakonkan oleh Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron, Kamarool Hj Yusof, Amy Jueliet, Hasnul Rahmat, Shuib Sepahtu, Juliana Iskandar dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem trilogi ini merupakan filem terakhir yang mengisahkan tentang perjalanan kumpulan Rock Rimba Bara. Apapun jom layann sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Rock Bro

Filem Rock Bro! mengangkat kisah perjuangan rockers tanah air sekitar era 80-an serta 90-an, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan. Dalam trilogi terakhir ini, diceritakan dari sudut pandangan ketua Rimba Bara, Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman itu era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop pada awal 90-an. Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan, menyara hidup dengan melakukan kerja sambilan dan menjayakan gig di tapak ekspo tani. Mereka dibayar dengan durian dan sayur-sayuran termasuklah petai dan terung daripada penganjur. Mereka hilang taring apabila Zul Kapan menyertai kumpulan rap 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella (Amy Jueliet) semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu menyayangi Ella hingga sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Keputusan Jijoe membuatkan Rimba Bara semakin goyah hingga tercetus konflik antara anggota. Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini? Mampukah Rimba Bara menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails