-->

12 Nov 2016

Amyra Amar Selamat Pengantin Baru

Amar Baharin & Amyra Rosli Sah Bergelar Suami Isteri

Dengan sekali lafaz, pelakon Amar Baharin, 31, selamat bergelar suami kepada pelakon jelita Amyra Rosli kira-kira jam 5.15 petang, Jumaat. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang dalam sebuah majlis pernikahan di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Pernikahan mempelai ini disempurnakan oleh jurunikah daripada Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim. Amar Baharin menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,111 kepada Amyra Rosli atau Nur Amira Izzati Rosli, 25. 
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak serta pihak mediaAmar turut menghadiahkan tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas sembilan, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Mempelai mengenakan busana serba putih yang direka khas oleh Rizman Ruzaini. Pasangan dua sejoli ini mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu. Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di lokasi yang sama jam 9 malam, pada Sabtu, 12 November. Manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki bakal diadakan di Ampang pada 19 November depan.

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

  • Sinopsis Telemovie Misteri Sofa Lama23.04.2017 - 2 Comments
  • The Beauty Inside - Korean Movie Review02.12.2015 - 4 Comments
  • JoZaN,SePah,JaMbU dan NabiL ke FinaL MaHaRaJa LawaK!!!22.06.2011 - 0 Comments
  • JOZAN-Sweet MemoRies ViDeO ^_^10.07.2012 - 24 Comments
  • Kumpulan Boboi Tersingkir Di Minggu Ke-6 Maharaja Lawak Mega 201322.12.2013 - 4 Comments
  • Sinopsis Filem Juvana 3 Perhitungan Terakhir04.10.2016 - 0 Comments
  • Lawak ke Der! di IstaNa Budaya+video JoZan+Hafiz+Awan Nano04.02.2012 - 0 Comments
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017