-->

19 Nov 2016

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2016

Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016)

Assalammualaikum..
Secara keseluruhan nampak ASK2016 kali ni sedikit bosan, penonton pun kurang sporting nak tepuk tangan bagai hahaha. Bagi segmen persembahan pun nampak biasa2 jer kecuali persembahan yg ada Faizal Tahir tu jer laa yang nampak okey. Hos sampingan Anugerah Skrin terlalu ramai sangat laa, macam semak sikit. Patut biar Alif Satar dan Sarimah Ibrahim jer yang jadi hos utama ASK tu baru nampak meriah dan best. Penyampai Anugerah banyak yang best hehe antaranya Fattah Amin dan Sherry Al Hadad, pastu adegan bromance n sweet antara Zul Ariffin dan Farid Kamil tu dan last sekali mestilah masa Dato Rosyam Nor kacau2 dan usik2 Erra Fazira tu. Baju Tiz Zaqyah dan Maya Karin tu sama kan hahaha cuma warna jer beza hehehe. Baju Beto Kushairy memang paling winnnn malam ASK tu. Tahniah untuk semua pemenag, jom tengok senarai pemenang kat bawah ni k..
Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2016

1. Pelakon pembantu wanita terbaik drama: 
Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
2. Pelakon pembantu lelaki terbaik drama:
Jalil Hamid (Calon Syurga)
3. Dokumentari & majalah terbaik:
Majalah 3 (Wira Beret & Semerah Hati)
4. Rancangan hiburan terbaik:
Burkestra
5. Videografi terbaik drama:
Idham Mad Din (Fatin)
6. Bual bicara terbaik:
Halaqah 2016 (Terlepasnya ikatan dajal)
7. Laporan khas berita terbaik:
Berita TV9 (Pertemuan Semula Mangsa Highland Tower)
8. Rancangan realiti terbaik:
Lets Cycle 2
9. Pelakon pembantu wanita terbaik filem:
Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)
10. Pelakon pembantu lelaki terbaik filem:
Hushairi Husain (Polis Evo)
11. Lakon layar terbaik filem:
Wan Hasliza (Love Supermoon)
12. Lakon tv terbaik drama:
Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)
13. Drama rantaian popular media sosial:
Kau, Aku, Kita
14. Penyunting terbaik drama:
Izhar Mahsuri (Rekah)
15. Pelakon wanita terbaik filem:
Maya Karin (Nota)
16. Pelakon lelaki terbaik filem:
Namron (Redha)
17. Rancangan Anugerah terbaik:
AJL30
18. Pelakon wanita terbaik drama:
Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
19. Pelakon lelaki terbaik drama:
Beto Kusyairi (Ramadan Berteduh Syawal)
20. Drama rantaian terbaik:
Wadi
21. Drama komedi terbaik:
Mak Cun 2
22. Pelakon komedi terbaik drama:
Eirma Fatima (Mak Cun 2)
23. Pengarah terbaik filem:
Syamsul Yusof (Munafik)
24. Pengarah terbaik drama:
Razaisyam Rashid (Fatin)
25. Filem terbaik:
Redha
26. Drama terbaik:
Fatin

4 ulasan:

  1. waa.. best nih.. kakak tak follow anugerah ape segala dah lama dah.. hee~ thanx untuk info.. paling tak kakak tak de le ketinggalan..

    BalasPadam
  2. wah !! Unni lansung x tgk ni.. jnji tahu da xda la kekoh bila org dok cerita kat office..hahahaha

    BalasPadam
  3. Anugerah skrin kali nie betul2 hambar.. aliff satar cam x reti jadi hos je

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017