-->

11 Nov 2016

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal (Astro) Lakonan Ayda Jebat & Sharnaaz Ahmad

Assalammualaikum..
Drama Awak Sangat Nakal adalah drama terbaru di Astro Ria menggantikan drama popular Suri Hati Mr Pilot yang telah tamat episodnyer. Seperti biasa drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Awak Sangat Nakal karya Novelis Syamnuriezmil. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Sharnaaz Ahmad sebagai watak (Johan Rizqin), Ayda Jebat (Erine Johanna), Ika Nabella (Ain Humaira), Tash Yong, Fadilah Mansor, Hefny Sahad, Farouk Hussain dan ramai lagi. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. 
Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah ituGara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

Lagu Tema / OST Awak Sangat Nakal
--> Awak Sangat Nakal Nyanyian Ayda Jebat

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017