-->

18 Jul 2017

Filem Adaptasi Novel Kau Yang Satu

Sinopsis, Novel, Filem, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Filem Adaptasi Novel, Kau Yang Satu, Novelis Nia Azalea, Watak, Taufik, Salina, Zulkifli, Isabella, Pengarah, Osman Ali, Pelakon, Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Kisah Kahwin Paksa, Cinta,
Novel Kau Yang Satu Karya Nia Azalea (Filem Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Kau Yang Satu karya Novelis Nia Azalea telah diadaptasikan menjadi sebuah filem dan akan ditayangkan di pawagam pada 27 Julai 2017 ini. Novel Kau Yang Satu ini kira novel lama juga, sebab masa aku masih bersekolah, novel ni dah wujud dah pun hehe. Aku ingat lagi yang aku pernah belek - belek novel ni dekat kedai buku dulu hehe, memang aku kenal sangat cover novel ini. Jalan cerita Novel ini berkisarkan tentang kisah kahwin paksa antara Taufik dan Salina. Manakala dalam versi filem pula, watak Taufik akan dilakonkan oleh Aaron Aziz, dan watak Salina pula akan dilakonkan oleh Izara Aishah. Selain itu, Hisyam Hamid akan melakonkan watak Zulkifli dan Soo Wincci akan melakonkan watak Isabella. Kali ini penonton dapat lihat Soo Wincci melakonkan watak jahat pula dalam filem Kau Yang Satu ini, apa pun aku rasa pemilihan pelakon untuk berlakon dalam filem ini memang sesuai dengan jalan cerita. Apa pun jom tengok sinopsis Novel dan juga filem Kau Yang Satu di bawah ini. Selamat Membaca.
Sinopsis, Novel, Filem, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Filem Adaptasi Novel, Kau Yang Satu, Novelis Nia Azalea, Watak, Taufik, Salina, Zulkifli, Isabella, Pengarah, Osman Ali, Pelakon, Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Kisah Kahwin Paksa, Cinta,
Sinopsis Novel dan Filem Kau Yang Satu

Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak SulaimanTaufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan ZulkifliBahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

11 ulasan:

  1. novel yang baca time sekolah menengah dulu dah buat filem dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sekarang ni jadi penulis masyuk

      modal berangan saja

      Padam
  2. Dah masuk jadi filem sekarang ni

    Dulu orang buat novel ni untuk suka suka saja

    sekarang boleh dapat komisyen lagi

    BalasPadam
  3. rasa cam dah baca la novel ni tapi lupa dah.. kena p cari novel ni nih

    BalasPadam
  4. arghh cita ni.. hehe. x sabau nk tngok. busyra ada novel dia. dh lusuh rsnya, hehe

    BalasPadam
  5. Ni novel pertama yang AB baca masa tu AB masih dibangku sekolah rendah. BEST! Tapi macam confuesd..dalam novel kan Salina dengan Zul tak bercinta..cuma memendam perasaan je, tpai yang ni dia buat bercinta pulak ke?

    KFC DOUBLE DOWN DIMATA RAKYAT MARHAEN

    BalasPadam
  6. dah tak ingat dah novel ni. masa sekolah menengah dulu famous jugak ni. Harap2 filem dia best sebab barisan pelakon mantap belaka

    BalasPadam
  7. favourite novel zaman sekolah ni. banyak kali repeat pun memang best :)

    BalasPadam
  8. huhu maciaaaam best saja tapi tunggu masuk astro first lah hehe..

    BalasPadam
  9. Tak baca Novel tapi tgk trailer mcm best

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017