-->

10 Dis 2014

Sinopsis Drama Antidot Slot Aksi Tv3

Assalammualaikum..
Drama terbaru di tv3 untuk Slot Aksi yang bertajuk Antidot akan mula bersiaran dan menggantikan drama yang terdahulu iaitu Plan B. Drama ini dilakonkan oleh pelakon hebat yang tidak asing lagi seperti Remy Ishak, Kamal Adli, Nabila Huda, Nad Zainal dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 13 episod. Drama ini bergenre Fiksyen dan aksi, apapun jangan lupa menonton drama Antidot ini di Tv3. Sebelum tu jom layan sinopsis drama ini dibawah k.

Sinopsis Drama Antidot

Sekitar kawasan Lembah Klang diserang oleh penyakit misteri. Doktor dan pakar virus sendiri tidak dapat mengetahui virus apa yang merebak dan menjangkakan ianya virus yang baru di jumpai. Pakar virus lakonan Nad Zainal menyedari kesan daripada jangkitan ini ialah demam panas, halusinasi, paranoia atau tidak sedarkan diri dan akhirnya mereka yang dijangkiti boleh menjadi ganas, menyerang sesiapa sahaja di luar kawalan. Dalam suasana yang hiruk-pikuk dan tidak terkawal, pesakit menyerang antara satu sama lain. 

Turut terkena jangkitan ini adalah suami kepada Teja, Teja yang dilakonkan oleh Nabila Huda meminta bantuan Alam (Kamal Adli) untuk menjaga anaknya Aini. Semasa ingin melawat suaminya di hospital, Alam cuai dan Aini terlepas dari pandangannya. Apakah misteri yang telah menyelubungi mereka? Mampukah mereka terselamat? sama-sama kita saksikan kelainan dalam drama Antidot ini.


1 ulasan:

  1. tak sempat nak tengok AntiDot semalam.
    Jemput join segmen bloglist :)
    http://iniblogke.blogspot.com/2014/12/iniblogke-600-bloglist.html#.VIe17TGUfGQ

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017