-->

14 Dis 2014

The Three Musketeers - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Macam biasa nak buat Review Drama Korea yang bertajuk The Three Musketeers (Samchongsa). Tajuk drama ni memang sama macam filem Hollywood tu dan sememangnya drama ini mengambil inspirasi dari filem Hollywood berkenaan dan diadaptasi ke versi Korea. Jalan cerita juga tak sama 100 peratus macam filem Hollywood tu. Drama ini mempunyai 12 episod dan mempunyai 3 season gitu. Season pertama dah habis ditayangkan pada awal November 2014 yang lalu. Season ke-2 mungkin akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2015 nanti. Tarikan utama drama ni semestinya sebab pelakonnya kan hehehe. Drama ini dibintangi oleh Jung Yong Hwa (CNBLUE), Lee Jin Wook, Yoo In Young dan ramai lagi. 
Drama ini walaupun ada aksi-aksi lawan gitu tapi banyak gak scene-scene kelakar n sweet gitu especially masa crown prince bercakap dengan crown princess tu comel jer. Crown Prince sangat cool orangnya dan suka mengusik crown princess yang cepat gelabah tu tapi walaupun begitu Crown Prince tidak menyintai isterinya sehinggalah kemunculan Park Dal Hyang dan Mi Ryung yang akan mengubah segalanya. Selain itu part paling best n kelakar mestilah part yang membabitkan Interaksi Crown Prince bersama 2 pengawal khasnya yg merangkap kawan baiknya iaitu Heo Seoung Po dan Ahn Min Seo serta Park Dal Hyang. Kiranya diorang semua ni macam best friend gitu, sangup berkorban semua. 
Selain watak crown princess yang qiut tu, Aku juga suka watak Mi Ryung tu, die satu-satunya perempuan dalam cite ni yang jahat gitu. Mi Ryung ni sanggup buat apa saja asalkan hajatnya tercapai. Dia juga cuba membunuh Crown Princess sebab cemburu dengannya kerana Crown Prince telah mula menyintai Crown Princess tu. Mi Ryung ni juga sentiasa terselamat dari cubaan membunuhnya. Walaupun cedera die tetap tak mati okey hehe. Dah kena tikam dengan pedang pastu jatuh dalam laut tapi still x mati tu. Siap tak lama pastu die kembali dengan keadaan yang sihat pastu berpakat dengan orang jahat yg lain untuk menjadikan dirinya sebagai Raja Perempuan yang pertama. Park Dal Hyang pun sama, dah cedera parah tapi still sihat sentiasa hehe. 
Drama ini ditayangkan seminggu sekali, tapi aku agak lambat sikit menonton drama ni, bila episod drama ni dah habis ditayangkan barulah aku tengok drama ni. Pendek katanya drama ni memang enjoy tengok, walaupun ianya berlatarkan zaman dulu2 yang ada dinasti beraja semua tetapi tetap best n x boring. Setiap babak diseimbangkan dengan baik yang mana ada unsur2 sweet, aksi, kelakar dan suspen. Apapun aku bagi 3.9 bintang dari 5 bintang untuk drama ini. 

Baca Entry Dibawah ni jugak k.

Review Drama LakonanJung Yong Hwa yang terdahulu-

Review Drama LakonanYoo In Young yang terdahulu-

Review Drama Lakonan Park Yeong Gyu yang terdahulu-

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017