12 Dis 2014

Sinopsis Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia

Assalammualaikum..
Filem yang paling ditunggu akhirnya kini ditayangkan di pawagam mulai 11 Disember ini. Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dibarisi pelakon hebat seperti Fazura, Shaheizy Sam, Eja, Faizal Hussein, Lisa Surihani dan ramai lagi. Mampukah filem ini mengulangi kejayaan filem Istanbul Aku Datang? sama-sama la kita nantikan. Bagi aku filem ni cukup ramuan gitu, ada pelakon best, jalan cerita mantap, shooting kat luar negara lagi uolls memang kena tengok lah kan. Filem ini adalah adaptasi dari novel karya Anis Ayuni. Setakat ni filem-filem arahan Bernard Chauly semuanya best-best belaka. Ini juga merupakan gandingan kali kedua Fazura dengan Shaheizy Sam dalam lakonan. Sebelum ni diorang dah pernah berlakon drama yang bertajuk Kisah Cinta. Apapun Jom layan Sinopsis filem ini kat bawah k.
Sinopsis Manisnya Cinta Di Cappadocia

Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri. Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang. 



Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya? 


Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca. Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.  


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Hanis Amanina berkata...

teringin nak tgk hot air balloon kat cappadocia tuu T_T

hanisamanina.com

Related Posts with Thumbnails