-->

26 Dis 2014

Zul Ariffin Kini Kembali Dengan Drama Istikharah Cinta Untuk Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru untuk slot akasia yang berjudul Istikharah Cinta sudah pun mula menemui penonton bermula selasa lalu. Drama ini menggantikan drama Bila Hati Berbicara yang sudah tamat episodnya. Drama Istikharah Cinta ini dibintangi oleh hero pujaan ramai masa kini iaitu Zul Ariffin dan juga heroin baru iaitu Faye Kusairi. Rasanya Faye Kusairi ni agak familiar juga, kalau tak silap die dah pernah berlakon drama2 lain sebelum ni. Drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan terbitan Orange Tree Production. 

Dikhabarkan juga drama ini bukan adaptasi daripada novel seperti drama2 sebelum ini. Baru beberapa episod jer drama ni, tapi telah pun trending di Twitter tu. Ini membuktikan ramai yang menantikan drama ini dan nak tengok Zul Ariffin betul tak?? hehehehe. Apapun mampukah drama ini mengulangi kejayaan drama Rindu Awak 200% sama-samalah kita nantikan k. Sebelum tu, jom tengok Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Istikharah Cinta

Drama Istikharah Cinta mengisahkan mengenai perkahwinan Airil (Zul Ariffin) dan Dina Alia (Faye Kusairi) yang disatukan tanpa ada rasa perasaan cinta. Mereka belajar untuk mencintai satu sama lain selepas berkahwin. Dipermulaan cerita mengisahkan Airil yang pernah berkahwin dengan Aiza (Nonny Nadirah) namun bercerai talak satu disebabkan oleh pihak ketiga iaitu Dr. Rizal (Nizen Ayob). Tempoh perkahwinan Airil dan Aiza begitu singkat hanya dalam tempoh setahun nikah. Perceraian Airil dengan Aiza telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap Airil selama 4 tahun tempoh cerai. 

Setelah 4 tahun berlalu, Airil telah bertemu dengan Dina Alia tanpa sengaja di sebuah restoran. Pada ketika itu, Airil langsung tidak pernah mengenali Dina Alia namun perwatakan dan gelagat Dina Alia telah menghiburkan hati Airil yang selama ini berduka akibat bercerai sejak 4 tahun lalu. Sejak bertemu kali pertama, siapa sangka bahawa pertemuan dengan jejaka kacak Airil bakal menjadi insan yang teristimewa buat Dina Alia. Bagaimanakah pertemuan kisah cinta Airil dan Dina Alia sebaik Airil bercerai ? kena laa tengok drama Istikharah Cinta di Slot Akasia TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017