-->

2 Dis 2014

Liar Game - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ini nak buat review drama Korea yang bertajuk Liar Game. Drama ini baru jer habis ditayangkan di Korea penghujung November yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Lee Sang Yoon, Kim So Eun, Shin Sung Rok dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi dari komik Jepun, selain itu komik ini telah pun terlebih dahulu dibuat drama oleh produksi Jepun (2007) yang tajuknya juga sama, siap ada season 2 dan versi filem lagi. Drama Liar Game ini mempunyai 11 episod dan ramai yang mengharapkan drama ini disambung untuk musim ke-2 seperti drama Jepun tu, tapi tak pastilah sama ada ianya akan jadi kenyataan. Aku tak pernah menonton drama ini dalam versi Jepun, jadi aku tak dapatlah nak buat perbandingan versi mana yang lebih best. Ada yang cakap Korean version ni lain sikit dari yang versi Jepun. Ada perubahan sikit tapi aku x sure laa apa yg berubahnyer.
Tarikan utama drama ini semestinyalah kerana jalan ceritanya yang menarik dan unik gitu. Drama ini juga takde langsung menyentuh isu2 percintaan antara hero dan heroin drama ini hehehe, ending drama ini juga menunjukkan hero dan heroin drama ini akan buat hal masing2 lepas semua masalah selesai. Maknanya hero dan heroin tidak akan bercinta yer, apapun pelakon drama ini memang semuanya best, lakonan terbaik gitu. Awalnya aku x berapa kenal sangat heroin drama ini iaitu Kim So Eun. Kemudian baru dapat tahu yang Kim So Eun ni adalah pelakon yang jadi kawan baik kepada watak Geum Jan Di iaitu heroin drama Boys Over Flowers. Patutlah muka die familiar sikit, rupanya die ada berlakon gak dalam cite popular BOF tu. Hero drama ini adalah hero dalam drama Angel Eyes tu manakala Shin Sung Rok ada berlakon sbg watak jahat dalam drama top My Love From The Star.
Apapun aku memang suka sangat lakonan Lee Sang Yoon dlm drama ni, die sangat bijak dlm drama ini suka tengok karakter watak die tu. Manakala Shin Sung Rok sangat cemerlang dengan watak Kang Do Young yang sangat terror memanipulasi orang, ekspresi wajah die memang terbaiklah, nampak jahat gitu. Aku suka dengan game2 yang diorang main dalam drama ini, kreatif giler, memang game yang mencabar psikologi, diorang kena bijak main game ini sebab nama pun Liar Game so memang banyak laa unsur tipu menipu, tikam dari belakang semata-mata untuk mengejar jumlah wang yang ditawarkan. Bila duit jadi ganjaran semua pun mula jadi tamak. Antara game yang diorang main macam game minoriti, game presiden, game seludup wang, game tembak2 dengan pistol mainan hehe. Masa cara game tu diterangkan aku tak berapa faham sangat tapi bila dah start tengok diorang main game2 ni, baru faham hehe. 
Watak Nam Da Jung yang digambarkan sebagai seorang yang naif, baik hati, penyabar, jujur, pendek katanya semua sifat baik ada pada dirinya membuatkan aku terpikir, wujud ker orang sebaik die di alam realiti ni kan hehe nama pun drama gitu. Selain itu aku suka tengok hubungan baik antara pemungut hutang (Jo Dal Go) dan pemiutang (Nam Da Jung) yang sangat baik hehe. Bagi aku drama ni memang penuh dengan unsur suspen, kita akan sentiasa tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku seterusnya. Watak Kang Do Young yang penuh misteri itu akan terungkai di episod akhir drama ini. Ending drama ni not bad gak sebab semua rahsia dan misteri akan terbongkar di final episod. Apapun memang berbaloi tengok drama ini. Aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk drama ini. Jom layan sinopsis drama ini dibawah k.
Nam Da Jung seorang pelajar kolej yang baik hati namun hidup dalam kesusahan kerana terpaksa melangsaikan hutang bapanya kepada Lintah darat. Bapanya melarikan diri dan tinggal lah Nam Da Jung seorang diri. Tanpa diduga Nam Da Jung telah terpilih menjadi peserta kpd rancangan realiti tv Liar Game. Rancangan tersebut mengkehendaki para peserta menipu antara satu sama lain untuk menjadi seorang yang bertuah dan memenangi hadiah yang lumayan. Disebabkan ingin menglangsaikan segala hutangnya N.Da Jung akhirnya bersetuju untuk menyertai rancangan tersebut. Di peringkat permulaan Liar Game, Nam Da Jung hampir2 tersingkir namun dia akhirnya meminta pertolongan seorang bekas banduan yang juga bergelar Professor yg sangat genius iaitu Ha Woo Jin. Atas pertolongan Ha Woo Jin, Nam Da Jung terselamat dan berjaya ke pusingan seterusnya.
Pengacara Liar Game iaitu Kang Do Young berjaya menyakinkan Ha Woo Jin untuk menjadi peserta dalam rancangan Liar Game jika H.W.Jin mahu mengetahui siapa dalang yg bertanggungjwb atas kematian emak Ha Woo Jin. Sepanjang Game berlangsung, Ha Woo Jin cuba menyiasat latar belakang Kang Do Young yang sangat misteri itu. Siapa sangka Kang Do Young, Ha Woo Jin dan Nam Da Jung telah pun bertemu ketika mereka masih kecil di rumah anak2 yatim yang dikendalikan oleh emak Ha Woo Jin. Apakah hubungan mereka bertiga ini? kenapa Kang Do Young berdendam dengan Ha Woo Jin? Apakah yang bakal berlaku seterusnya? kenalah tengok drama ni yer.

Baca Yang Ini Jugak-

 Review Drama Lakonan Shin Sung Rok Yang Terdahulu:-
Review Drama Lakonan Jo Jae Yoon Yang Terdahulu:-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017