-->

21 Dis 2014

Sinopsis Drama Cinta Ilahi Slot Zehra Tv3



Assalammualaikum..
Slot Zehra yang bersiaran setiap jumaat jam 9 malam di Tv3 akan membawakan sebuah drama terbaru yang berjudul Cinta Ilahi. Drama ini dilakonkan oleh Johan As'ari, Diana Amir, Shakila Khoriri, Nazrief Nazri dan Ramona Zam Zam, lama tak nampak Diana Amir ni berlakon kan. Rasanya semua pun tahu Slot Zehra ni akan menayangkan drama-drama yang berunsurkan islamik gitu, yang banyak pengajaran untuk semua. Drama Cinta Ilahi membawakan kisah percintaan dan keikhlasan dalam mengenal erti cinta sebenar yang kekal abadi. Apapun jom layan Sinopsis Drama Cinta Ilahi di bawah ni k.

Sinopsis Cinta Ilahi

Cinta mampu mengubah seseorang. Itulah yang terjadi kepada Hud (Johan As'ari) seorang pemuda yang sering lalai dengan duniawi dan berpeleseran yang akhirnya terbuka hati saat bertemu Maryam (Diana Amir) seorang guru mengaji yang baru kembali ke kampung halamannya. Hati Hud yang pada mulanya hanya cuba mendapatkan perhatian Maryam dengan mendekatkan diri dengan ajaran islam ternyata menemui kemanisan iman dalam epilog pertemuan mereka. Hud mula berguru dengan ayah Maryam, Ustaz Hashim yang sering memberikannya nasihat dalam ilmu Islam.

Hud yang digambarkan sebagai pemuda nakal dan liar sememangnya sukar diterima orang kampung yang mengenali sikapnya. Malah sifat malas dan tidak serius pernah menyebabkan dia hampir dibuang kerja tetapi kehadiran keluarga Ustaz Hashim banyak membuka mata Hud agar menjadi insan yang berguna. Hari demi hari hubungannya bersama Maryam semakin bersemi. Namun disaat Hud mula mencintai Maryam, di saat itu jugalah dia mula diduga dengan pelbagai cabaran.
Pada masa yang sama, Zara (Ramona Zam Zam) sudah lama menaruh perasaan terhadap Hud mula terasa tercabar. Perubahan Hud yang drastik memang sukar diterimanya apatah lagi sebelum ini mereka berkawan rapat. Zara nekad untuk memporak-perandakan hubungan mereka. Baginya jika dia gagal mendapatkan Hud biarlah Maryam juga berputih mata. Ketika itu juga hati Hud punah dikejutkan dengan hakikat Maryam sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan Basri (Beego) yang baru saja pulang dari Jordan. Ustaz Hashim pula beriya ingin memadankan Hud dengan anak bongsunya Shakira (Shakila Khoriri).

Mampukah Hud mengubat hatinya? Adakah Hud akan berubah semula ke perangai lamanya? Benarkah Hud betul-betul ikhlas mendalami ajaran agama atau semata-mata kerana cinta? Kalau nak tahu kenalah tengok drama ini nanti yer.

5 ulasan:

  1. wah menarik. maria suka diana amir, hehee

    BalasPadam
  2. "heyyy aku tumbuk juga muka ko karang...!!" (hud)

    BalasPadam
  3. Boleh tlg bagi link utk tonton online atau download cinta ilahi ? Plzz .. Thanks .. Jasamu dikenang

    BalasPadam
  4. @N. M. Syamil boleh try tengok kat sini - http://www2.bukancincai.com/2014/03/tonton-cinta-illahi-tv3-full-episode.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017