-->

9 Jan 2015

Bad Guys - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Bad Guys yang dilakonkan oleh Kim Sang Joong, Ma Dong Suk, Jo Dong Hyuk, Park Hae Jin, Kang Ye Won dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 11 episod dan baru saja habis ditayangkan di Korea pada Disember 2014 yang lalu. Drama ini memang unik dan lain dari yang lain, jalan cerita die memang best dan mendebar, siap ada twist semua. Drama ini bergenre aksi, jenayah dan thriller. Hope drama ini ada season 2 sebab memang layannn cite ni. Rata-rata penonton memberi komen positif terhadap drama ni, semua suka dan berharap akan ada musim kedua.
Drama ini lebih menumpukan watak hero, kalau tengok tajuk pun memang dah tahu kan ianya akan berkisar pada 3 orang penjenayah yang juga banduan iaitu Park Woong Chul yang merupakan seorang Gangster, Jung Tae Soo Pembunuh Upahan dan Lee Jung Moon yang merupakan Pembunuh Bersiri termuda yang sangat bijak. Mereka ini masih menjalani hukuman penjara namun dikeluarkan dari penjara untuk tempoh tertentu bagi menyelesaikan segala kes-kes jenayah berat yang sukar diselesaikan oleh pihak polis. Sebagai ganjaran tempoh hukuman penjara mereka akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Kiranya macam Orang Jahat tangkap orang jahat kerana ketiga-tiga mereka bila digabungkan mampu menyelesaikan segala kes yang sukar dan Susah. Mereka bertiga akan diawasi oleh Detektif  Oh Goo Tak. 
Dalam team ni terselit gak sorang perempuan yang merupakan Inspektor Yoo Mi Young. Awalnya hubungan ketiga-tiga Bad Guys ni nampak kurang serasi namun lama-kelamaan mereka makin okey dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Kiranya diorang selesa bekerjasama gitu, Oh Goo Tak berjaya menghandle mereka sekaligus mendidik mereka untuk menjadi lebih baik. Namun cerita ni makin menarik apabila Park Woong Chul dan Jung Tae Soo diarahkan untuk membunuh Lee Jung Moon. Namun kedua-dua mereka tidak sampai hati kerana Lee Jung Moon ni baik walaupun sedikit misteri gitu. Kemudian mereka semua dikejutkan dengan kisah hidup Oh Goo Tak yang kehilangan anak perempuan kesayangannya akibat dibunuh. Suspek pembunuhan anak Oh Goo Tak adalah Lee Jung Moon. 
Sememangnya Oh Goo Tak sangat ingin membunuh Lee Jung Moon dan pernah cuba untuk membunuh L.Jung Moon. Kehadiran seorang pendakwaraya misteri yang ingin join team diorang ni juga menimbulkan tanda tanya. Bagaimana dengan nasib Lee Jung Moon? Adakah Benar L.J.Moon ni pembunuh bersiri yang kejam atau dirinya dianiaya? Apa yang bakal seterusnya kena la tengok drama ni k. Apapun aku memang menyampah dengan watak Inspektor perempuan yg bernama Yoo Mi Young sebab die sentiasa ragu-ragu dengan kesetiaan dan kemampuan bad guys ni. Pastu die juga sering buat keputusan ikut emosi dan last2 berpakat dengan pendakwaraya untuk membubarkan team bad guys ni. Memang annoying giler dgn watak insp Yoo Mi Young ni, begitu gak dengan watak pendakwaraya tu.
Awalnya memang sangka Oh Goo Tak ni sangat jahat sebenarnya, dalam diam2 die sebenarnya nak membunuh L.J.Moon tu tapi bila kebenaran sebenarnya terbongkar, die tahu die sebenarnya dah buat kesalahan besar dengan L.J.Moon tu. Di akhir cerita ni menunjukkan Yoo Mi Young sedar dan membenarkan Bad Guys yang berada dalam penjara tu kembali semula untuk beraksi mencari penjahat. ceewahh, seriously mmg hope sgt ada season 2 hehehe. Dalam drama ni tiada adegan percintaan yer harap maklum tapi suka tengok semangat setiakawan bad guys ni. Selain itu dalam drama ni juga takde banyak lagu2, biasalah cerita aksi lah katakan. Ramai gak yang memuji adegan pertarungan dalam drama ni yang dikatakan awsome.

Lakonan Park Hae Jin sebagai Lee Jung Moon yang sangat misteri tu memang terbaik, kita akan tertanya-tanya sama ada betul atau tidak Lee J.Moon ni pembunuh bersiri. Apapun aku bagi 4.4 bintang dari 5 bintang untuk drama Bad Guys ni. Memang layannn jer cite ni.

Baca Gak Entry dibawah ini-

Review Drama Lakonan Park Hae Jin yang terdahulu-

4 ulasan:

  1. wah.. thank u 4 d great review.. dok tgk iklan nmpak mnarik.. ni dh baca review lg la xsabar nk tgk...

    Jemput datang blog saya :-) Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

    BalasPadam
  2. nak tgk kat tv mmg x sempat la. kita layan kat youtube je la :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017