-->

1 Sep 2015

Queen - Bollywood / Hindi Movie Synopsis & Review

Assalammualaikum..
Sebelum ni asyik buat Review Drama Korea jer kan, so hari ni tukar sikit hahaha kite gi Bollywood pulak k lalala. Filem/Movie yang aku nak buat review ni bertajuk Queen yang diterbitkan pada tahun 2014. Movie ni dilakonkan oleh Kangana Ranaut, Rajkummar Rao, Lisa Haydon dan ramai lagi. Aku tengok online jer cite ni kat Youtube, sesape nak tengok bolehla try search kat Youtube, siap ada english subtitle gitu. Aku tertarik nak tengok cite ni sebab Movie Queen ni menang banyak anugerah okey antaranya menang Best Film, Best Actress, Best Director dan banyak lagi. Bila dah menang banyak anugerah mestilah best cite tu kan hihi. Ternyata lepas tengok cite ni ianya banyak mengajar memberi inspirasi terutamanya pada wanita contohnya seperti berani dalam membuat sesuatu keputusan, tabah dan cekal menghadapi dugaan, terus mengejar cita-cita dan lain2 lagi.
Lagu-lagu dalam filem Queen ni biasa2 jer bagi aku, takde lagu yang boleh buatkan aku gi mendownloadnyer. Apapun filem ni memang best ditonton, banyak gak scene2 lawak dalam cite ni antaranya masa scene Rani dan 3 orang roommatenyer menjerit dan ketakutan disebabkan ternampak cicak dalam bilik air hehehe. Apapun memang best cite ni, rugi tak tengok k hihi aku bagi 4.6 bintang dari 5 bintang untuk cite Queen ni. Jom layann Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Queen (Bollywood / Hindi Movie)

Mengisahkan Rani yang kecewa, malu dan sedih apabila tunangnya iaitu Vijay tiba-tiba ingin membatalkan perkahwinan, sehari sebelum majlis kahwin mereka. Vijay memberi alasan yang gaya hidup Rani tidak sesuai dan setaraf dengannya lagi. Rani akhirnya membuat keputusan untuk pergi seorang diri ke Paris dan Amsterdam yang telah pun ditempah untuk honeymoon nyer dengan Vijay sebelum ini. Keluarga Rani agak keberatan untuk melepaskan Rani pergi ke luar negara seorang diri, namun akhirnya bersetuju dan mengharapkan Rani dapat menenangkan diri dan fikirannya disana. Setibanya Rani di Paris, dirinya telah pun berhadapan dengan masalah, dimana Rani tertinggal passport di hotel dan terpaksa berhadapan dengan polis, disamping itu Rani juga nyaris2 dirompak.
Rani hampir2 mahu balik ke India semula, namun perkenalannya dengan pekerja hotel bernama Vijayalakshmi mengubah hidupnya, Vijayalakshmi merupakan wanita berketurunan perancis, sepanyol dan india menjadi kawan baik Rani di Paris. Vjyalkshmi membawa Rani berjalan-jalan dan berseronok di Paris. Ketika berada di butik, Vjyalkshmi telah menyuruh Rani pergi mencuba dan memakai satu pakaian yang agak seksi, Ketika mencuba pakaian berkenaan, Rani sempat berselfie dengan memakai pakaian tersebut, namun tanpa disengajakan Rani telah tersalah hantar gambarnya itu kepada bekas tunangnya iaitu Vijay. Menyedari dirinya telah terhantar gambar pada orang yg salah membuatkan Rani menjadi sedikit menyesal mencuba pakaian tersebut namun membiarkan saja perkara berkenaan.
Vijay yang melihat gambar tersebut mula berubah hati dan pergi mencari Rani di Paris dan Amsterdam. Rani akhirnya meneruskan perjalanannya ke Amsterdam tanpa ditemani Vijayalkshmi yang sibuk dengan kerjanyer. Setiba Rani di Amsterdam, Rani tinggal di hostel kerana sewanyer lebih murah. Walaubagaimanapun ketika mendaftar masuk, die terkejut giler bila mendapat tahu yang dirinya terpaksa berkongsi bilik dengan 3 lelaki iaitu Taka dari Jepun, Tim dari Perancis dan Oleksander dari Rusia. Rani berasa sangat takut namun akhirnya die mendapati ketiga-tiga lelaki berkenaan yang menjadi roomatenyer itu sebenarnya sangat baik dan akhirnya mereka semua berkawan baik. Rani menghabiskan masanya gi bersiar-siar bersama kawan2 barunya itu, ketika ini Rani mula berasa yakin, berani dan menyedari kelebihan dirinya setelah memenangi pertandingan memasak dengan menjual makanan tradisional India.
Suatu hari Rani dan kawan-kawannya terserempak dengan Vijay yang menunggu Rani di depan hostel mereka. Vijay meminta maaf pada Rani dan mengharapkan Rani meneruskan kembali hubungan mereka dan sekaligus berkahwin. Rani meminta agar Vijay memberi die masa dan akan memberi jawapan bila die balik ke India nanti. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Rani akan berkahwin dengan Vijay? atau menolak permintaan Vijay? Apa yang terjadi dengan kawan2 baru Rani itu? Nak tahu kenalaa tengok cite ni nanti.

3 ulasan:

  1. @ejulz of courselaa hindi, tengok tajuk pun tau hehe, sy x brp minat filem tamil..

    BalasPadam
  2. pelakon2 dia semua akak tak kenal..ekek.Filem hindi kalau tak berlakon kat luar negara tak boleh laku agaknya..kan?/heheh

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017