-->

4 Feb 2016

4 Kaftan New Styles

Assalammualaikum..
Akhir-akhir ini kaftan sering menjadi alternatif favourite ramai wanita yang ingin tampil bergaya untuk ke majlis-majlis istimewa. Apa yang digemari mengenai kaftan adalah ia berpotongan loose dan sememangnya memberikan keselesaan yang ideal kepada para pemakai. Bukan itu sahaja, koleksi kaftan ini juga sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira umur dan bentuk badan. Bagi anda yang juga menggemari koleksi kaftan, berikut merupakan 4 rekaan terkini atau kaftan new styles yang boleh anda temui di pasaran:
Style 1

Berikut merupakan rekaan asal kaftan di mana bahagian badan dan lengan adalah loose tanpa apa-apa ubahsuaian. Rekaan ini paling diminati ramai wanita dan sering digayakan untuk menghadiri majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.

Style 2

Rekaan kedua pula dengan sedikit ubahsuai pada bahagian lengan kaftan. Rekaan jenis ini lebih mudah digayakan oleh wanita bertudung kerana tidak memerlukan mereka untuk memakai inner untuk menutupi kawasan lengan yang terdedah.

Style 3

Bagi rekaan yang seterusnya pula adalah dengan penggunaan belt sebagai aksesori tambahan. Mungkin sesuai bagi wanita yang bertubuh langsing, namun bagi wanita yang bertubuh gempal, anda boleh mencabut belt tersebut untuk mengelakkan daripada anda kelihatan ‘besar’ ketika menggayakan kaftan tersebut.

Style 4

Dan rekaan yang ke 4 adalah koleksi kaftan pendek yang boleh anda gayakan bersama pemakaian jeans mahupun skirts. Rekaan jenis ini juga boleh anda pakai sebagai pakaian kasual anda. 

4 ulasan:

  1. tak pernah beli kaftan nie...dulu dulu panggil baju kelawar...hihihi...

    BalasPadam
  2. Cantik-cantik semuanya, tak berani nak pakai kaftan nanti nampak lagi berisi..huarghhh.. ;)

    BalasPadam
  3. Baju kaftan ni lebih kurang la ea dengan baju kelawar..hehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017