-->

30 Jun 2017

Ending Drama Hero Seorang Cinderella

Ending, Episod Akhir, Happy Ending, Drama Melayu, Hero Seorang Cinderella, Popular, Astro, Watak, Medina, Puteri, Ian, Farizzam, Cik Mawar, Pelakon, Nur Fazura, Fattah Amin, Zizie Izette, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Lisdawati,
Ending Drama Hero Seorang Cinderella

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Drama Popular yang bertajuk Hero Seorang Cinderella ini yang dilakonkan oleh Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikry Ibrahim, Lisdawati dan ramai lagi. Aku juga menonton drama ini dari episod pertama lagi dan aku rasa drama ini best juga, lagi pun dah lama tak tengok Fazura berlakon drama kan. Satu lagi tak sangka juga Fikri Ibrahim yang sebelum ini merupakan pemenang tempat ketiga program Lawak Solo boleh berlakon serius walaupun kali pertama berlakon. Murah rezeki Fikri ni keluar Lawak Solo dah dapat jadi hos pastu jadi pelakon pula. Gandingan Fattah Amin dan Fazura ( #Fattzura) sebagai Tengku Ian / Kuzam dan juga Nura Medina memang comel dan sweet. Pelakon lain pun best - best belaka, OST Hero Seorang Cinderella iaitu Lagu Cinderella nyanyian Fattah Amin dan Fazura juga turut meletup, ramai yang suka lagu tu. Episod akhir drama ini berakhir dengan happy ending gitu. 
Ending, Episod Akhir, Happy Ending, Drama Melayu, Hero Seorang Cinderella, Popular, Astro, Watak, Medina, Puteri, Ian, Farizzam, Cik Mawar, Pelakon, Nur Fazura, Fattah Amin, Zizie Izette, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Lisdawati,
Walaupun di awalnya Medina macam tak suka bila Puteri tinggal serumah dengannya dan akhirnya Medina melarikan diri dari rumah untuk mencari ketenangan. Suaminya Ian dapat memujuk Medina pulang ke rumah dan Medina berdamai dan berbaik - baik dengan Puteri. Episod drama ini bertambah sweet apabila Medina hamil anak kembar manakala Puteri dan Farizzam pula akan berkahwin tak lama lagi. Walaupun Fahmi yang merupakan anak ikan mak Puteri masih menganggu Puteri dan mencederakan Farizzam namun semuanya masih terkawal. Ending drama ini berakhir dengan anak - anak Medina dah besar sikit, manakala Puteri dan Farizzam dah kahwin dan kini giliran Puteri pula yang pregnant. Endingnya nice and simple hahaha, kiranya memang happy endinglah kan. Lepas ini drama HSC akan digantikan dengan Drama Mencintaimu Mr. Photographer.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. banu.. ku kirim cinta punye ending... plsss

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah, coming soon, drama ku kirim cinta tu tak habis lagi, 6 julai ni episod akhir drama tu.

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017