Resepi Biskut Raya - Biskut Kelapa
Assalammualaikum..
Kejap je masa berlalu, esok dah nak raya, pastinya hari ini semua pun sibuk mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua pengunjung dan pembaca Blog Miss Banu Story ini. Dalam entry ini aku nak kongsi resepi biskut raya iaitu Biskut Kelapa, gambar diatas dan resepi ini credit pada owner resepi ini iaitu Dari Daput CT.
Resepi Biskut Kelapa
Bahan-bahan :
.
200 gm Tepung Jagung Brown & Polson
115 gram Tepung Gandum
1/2 sudu teh penuh Baking Powder
1/2 cawan Kelapa Kering - dikisar halus
.1 biji Telur gred A
100 gram Gula Aising
1/2 camca teh Esen Vanilla
140 gm Mentega - atau secukupnya
.Hiasan :
.Ceri merah - potong kecil
Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut
.
Cara Penyediaan
.
1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, baking powder yang diayak dalam mangkuk dan masukkan kelapa kering yang dikisar halus. Gaul rata dan ketepikan.
.2. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar lagi rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan adunan tepung bercampur kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan serbuk roti.
.3. Dengan kelajuan perlahan sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
.4. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat-bulatkan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit sahaja, jangan kuat-kuat nanti leper. Buat hingga siap.
.5. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang keemasan. Sejukkan atas rak dawai sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Jom Baca ni jugak ➔ 6 Barang Yang Tak Disangka Berguna Pada Hari Raya. Yang Last Tu Memang Betul!..
nampak sedap! hihihihi...btw, sally pun nak ucap SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..
BalasPadamKalau ada tersalah kata, terguris hati, terlepas bicara,tersalah komen, terburuk sangka..harap ampun maaf...
Semoga ikatan ukhuwah kerana Allah akan terjaga dan sentiasa dalam rahmatNya..
Terima kasih sbb menjadi sahabat di alam maya ni..dan semoga kita semua sentiasa dlm redha Allah..
sedap ni
BalasPadam